Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 9, 2011

BudakBalun Sokong Tindakan Polis Ini!


Syabas PDRM!
Inilah antara fungsi sebenar PDRM iaitu membanteras jenayah disamping menggalakkan carahidup yang betul di sisi undang-undang.
PDRM bukan alat politik mana-mana parti terutamanya UMNO!

Selalunya budak-budak sekolah ini me'rempit' pastinya bukan dengan motosikal sendiri kerana manakan mampu mereka membelinya!
pastinya kenderaan tersebut milik ahli keluarga terutamanya mak dan ayah.
Malangnya mak dan ayah gagal memantau malahan ada yang membela pulak anak mereka sekiranya ditegur oleh orang ramai mahupun cikgu sekolah!

Pemerhatian teman di area rumah ni pun membuktikan bahawa golongan pelajar yang me'rempit' ini selalunya itulah juga pelajar yang memonteng menghisap rokok di sekitar perumahan neh!
Siap melawan balik bila teman tegur tuh!
Malas teman nak bersungguh nasihat mereka sebab karang tak pasal-pasal kereta teman jadi mangsa dibaling batu mahupun tingkap rumah!

Baru-baru ini pun anak teman nyaris-nyaris dilanggar oleh geng-geng budak sekolah rempit ni sewaktu anak-anak teman bermain-main di depan rumah. Jalan perumahan pun mereka boleh menunggang laju dan bergurau-gurau sesama mereka!
Mujur anak teman yang sulung sempat menarik tangan adiknya sebelum sempat dilanggar oleh motosikal yang laju mereka itu!

Hmmm.. teman terus laporkan di facebook 'Balai Polis Bukit Sentosa' dan Alhamdulillah Polis Bukit Sentosa mengadakan Ops payung dihadapan Sekolah Menengah berkenaan. 2-3 orang pelajar telah ditahan dan dibawa ke balai serta ibubapa mereka dipanggil memberi keterangan.

Syabas PDRM! Inilah fungsi sebenar kamu!
Bukan jadi macai UMNO!
sunsnake 09032011

Ibu bapa hadapi tindakan jika pelajar buat salah

Ibu bapa yang anak mereka melakukan kesalahan trafik ketika ke sekolah bakal menghadapi tindakan undang-undang, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah. Beliau berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tidak memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan cukai jalan tamat tempoh. "Ini merupakan antara usaha bagi menurunkan kadar jenayah melibatkan pelajar sekolah selain membentuk jati diri mereka agar lebih berdisiplin,” katanya kepada pemberita selepas sesi perbincangan dengan Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur, Mohd Adenan Deraman di Kuala Lumpur.

Berita Penuh

0 comments: