Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, October 16, 2010

UMNO Boikot UMNO? Usah Percayalahh!


Satu perangai UMNO yang teman nak puji..
(jangan ingat teman nak tukar khemah pulakkk!!)

Sehebat mana pun mereka bertelagah pasal pilih calon..
Sehebat mana pun mereka bergaduh pasal pilih calon..
Sehebat mana pun mereka berseteru pasal nak pilih calon..

Bila mari time kempen pilihanraya..
Bila mari time kempen hari mengundi..
Mereka kompom akan bersatu!!

So, jangan dok ingat bila mereka bertelagah sesama mereka pasal nak pilih calon..
kerja kita akan senang...
Tarakkkk!!
Sorry bro! Pengalaman telah mengajar...

Kepada Jentera PRK PAS di Galas..
Jangan ingat keje mudah bila UMNO bertelagah sekarang ni..
Jange ingak mudoh wehhh!!!

prediction teman?
Kalau tak kena gaya..PAS kalah... huhuhuhu

sunsnake 16102010


Umno Gua Musang mahu calon mereka
Harakahdaily
GUA MUSANG, 16 Okt: Akar umbi Umno di Gua Musang sedang berusaha keras memujuk pucuk pimpinan mereka di Kuala Lumpur agar memilih calon yang mereka kehendaki untuk pilihan raya kecil Galas.

Usaha mereka ini disokong oleh pimpinan Umno negeri walaupun mereka sudah agak kecewa apabila Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai pengarah pilihanraya kecil itu.

"Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih oleh parti, dia menikam pemimpin kami ini," kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang.

Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno.

Berita Penuh

0 comments: