Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, October 16, 2010

Lagi Bekas Calon BN Meracau!


Hmm.. inilah suara penganggur terhormat!
Dulu elok-elok ada keje.. last-last nak bertanding jadi calon BN punya pasal..
terus jadi 'Penyelaras' Dun je..
OK lah tu.. ada gak keje..

Inilah kejenye?
Terpaksa menafikan benda yang satu dunia tahu!

Jambatannya mana?
Masalah milikan tanah?
Tak pernah pun UMNO Kelantan timbulkan sebelum ni?
Sekarang pulak baru nak sibuk bercerita?

Aduyaii.. Dah kalah pun nak menipu lagi!
sunsnake 16102010

Dakwaan BN tidak tunai janji di Manek Urai hanya fitnah

GUA MUSANG 14 Okt. - Dakwaan pemimpin Pas bahawa Barisan Nasional (BN) belum menunaikan janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang lalu hanya satu fitnah.

Menurut bekas calon BN yang bertanding bagi kawasan tersebut, Tuan Aziz Tuan Mat, 40, semua janji yang diberikan semasa kempen itu telah pun ditunaikan, malah pelbagai lagi bantuan akan menyusul.

"Saya mahu mereka beritahu apa lagi yang kita tidak tunaikan. Walaupun saya kalah tetapi semua janji-janji itu telah pun dilaksanakan untuk manfaat rakyat di situ.

"Sebab itulah saya menyeru pengundi di Galas agar tidak tertipu dengan kata-kata pemimpin Pas ini yang hanya fitnah semata-mata," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Berita Penuh

0 comments: