Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, October 31, 2010

SPR - RM250? Salah!!! RM50 Ribu?? Ok!!!

Apa la agaknya yang juak-juak UMNO dalam SPR ni dapat ye?
Terlalu setia dan terlalu takut sungguh mereka sekiranya parti bukan BN menang Pilihanraya!

Cepat sungguh SPR bagi reaksi dalam isu ni..
Secepat kilat balaci pengangkat najis UMNO dalam SPR ni bersuara bila ada sikit 'bola tanggung' dari parti bukan BN..
Tapi kalau BN yang buat bola tanggung?
Boleh pulak la balaci UMNO kat SPR ni buat tak nampak!!

RM250 untuk diberi pada pengundi yang tinggal luar kawasan dun mengundi?
Apa masalahnya?

Abis?? yang Najib offer RM50 ribu sorang di Hulu Selangor hari tu?
Tak salah??

hmmm...

sunsnake 31102010

Tindakan PAS bayar pengundi luar RM250 salah, kata SPR

October 31, 2010

GUA MUSANG, 31 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

“Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.

“Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.

“Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS supaya berhat-hati sebelum melakukannya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

2 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam,
buat diam2 jer ler, takyah kabor kat deme...

budakbalun said...

w.salam..
saje nak test SPR je tu kot??
huhuhu