Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, October 31, 2010

Cina Dan India oiii.. Takkan Bodoh Laagii??

Dah banyak kali sebenarnya UMNO dok perlekeh kaum lain..
Malahan di PWTC hari tu pun banyak kali..
Dan memang perjuangan perkauman nak tak nak terpaksa maki kaum lain..
nak tak nak terpaksa pertikai kaum lain..
nak tak nak terpaksa tikam kaum lain!!

Itulah fitrah perkauman..
Serupa macam Yahudi jugak..
Yahudi hanya menganggap bangsa mereka sahaja yang mulia..

UMNO menganggap hanya bangsa melayu sahaja yang mulia..
MCA mengganggap hanya bangsa cina sahaja yang mulia..
MIC mengganggap hanya bangsa india sahaja yang mulia??

Sebab itu..
nak tak nak di mesyuarat UMNO, terpaksa kutuk kaum lain..
nak tak nak di mesyuarat MCA, terpaksa kutuk kaum lain..
nak tak nak di mesyuarat MIC, terpaksa kutuk kaum lain!!!

Itulah cara pemerintahan BN di Malaysia sejak merdeka..
Time kempen pilihanraya nampak macam bersatu BN ni..
balik pejabat masing-masing..
UMNO maki MIC..
MIC maki MCA..
MCA maki UMNO..
MIC maki UMNO!

hmmm...
Kepada rakyat Malaysia yang berbangsa India dan Cina..
Takkan bodoh laagii??
Jom humban BN-UMNO jauh-jauh!


sunsnake 31102010



Samy Vellu: Umno kalah di 70 kerusi jika ingat bukan Melayu tak perlu

October 30, 2010

SUNGAI SIPUT, 30 Okt — Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan Umno — parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) — tidak boleh menang di hampir 70 kerusi Parlimen tanpa sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu beliau menegaskan, pemangku ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang mengatakan partinya tidak memerlukan sokongan bukan Melayu sebagai tindakan tidak sensitif dengan senario politik semasa.

Samy Vellu merujuk kepada prestasi BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Mac 2008.

Kata Samy Vellu, pemimpin Umno itu pada hakikatnya tidak harus jadi ahli politik sama sekali.

“Bagaimana dia boleh bercakap yang Umno tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India?” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Tanpa sokongan orang Cina dan India, BN menang di hampir 70 kerusi,” kata bekas Ahli Parlimen Sungai Siput yang pernah menyebut beliau menang di kerusi itu pada 1990 kerana sokongan pengundi Melayu.

Sebaliknya pemimpin veteran ini yang menerajui MIC sejak tiga dekad lalu juga menegaskan, undi orang India sangat penting dalam pilihan raya umum akan datang.

Berita Penuh

2 comments:

Anonymous said...

Orang Cina dan India berkata kami tidak pilihan yang lebih baik daripada BN kerana UMNO yang menterajui komponen i9ni senang kira ,senang tunggangi dan senang semuanya. Apa kami minta mesti dapat kerana UMMNO takut kami tak sokong nantgi tak dapat tubuh kerajaan. UMNO mahu kekal berkuasa saja tapi kami yang menentukan siapa yang sebenarnya berkuasa. kata orang putih it is better to taker devil than deep sea. kerana kami dah benar-benar kenal devil ini dan kami boleh control dengan mudah tetapi laut dalam belum pasti isi kandungnya. UMNO kuda tunggangan kami. UMNO macam kerbau senang tarik tali. UMNO asal masuuuuuuuuuuuuk semua ok. Apa UMNO kata ke atas kami tak jadi kudis kerana apa kami mahu UMNO kasi itu yang penting kepada kami.
Hidup UMNO. Hidup MelaYU.

rED wARRIOR

budakbalun said...

red warrior..

perghh!!! dalam sungguh!!!