Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, September 21, 2010

Apabila Pengarah DBP pun tak faham bahasa?


Punya la ramai yang turun demo anti-PPSMI dulu..
Lagi ramai daripada tu yang bantah tapi tak dapat joint demo!

Malangnya Pengarah ni tak berani kot nak sebut antara punca yang membantutkan perkembangan bahasa melayu adalah PPSMI..
Last-last Twitter dan facebook jugak jadi mangsa!
Wakakakak!

Ye la.. kalau kutuk PPSMI kang..
ada yang kena downgrade jadi security kat DBP Sarawak pulak!

Berapa sangat la yang pakai internet nak bersembang berbanding dengan budak-budak sekolah seluruh Malaysia yang kena guna BI untuk Matematik dan Sains??

Aduyaiii!!..
Inilah sindrom "takut UMNO" namanya...
sunsnake 21092010

'Facebook, Twitter ancam bahasa Melayu'


Penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial seperti Facebook dan Twitter telah 'mengancam' penggunaan Bahasa Melayu yang baik di kalangan masyarakat hari ini.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak Jiso Rutan berkata penularan ragam bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa sembang internet berleluasa dan sukar untuk dibendung di kalangan pengguna laman web sosial.

"Sehubungan itu, DBP mempergiatkan usaha untuk menggalakkan dan menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu di negara ini, termasuk mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) pada Oktober setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas sidang media mengenai majlis pelancaran BBK peringkat negeri Sarawak di Kuching hari ini.

Berita Penuh

0 comments: