Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 25, 2010

PKR - Selamat Bermukim ye?


Baguslah PKR buat aktiviti sebegini..
Dan pastikan selepas itu apa hasilnya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh..
Dan yang penting jati diri petugas wajib dimaksimakan..
Jangan ada lagi yang hanya muncul bila Anwar Ibrahim turun..
Jangan ada lagi yang hanya muncul bila Khalid Ibrahim turun..
Jangan ada lagi yang hanya muncul bila Azmin turun..

Jangan ada lagi Jamal Posmen, Osman askar, Zahrain gardener, Zul Syeikh sesat.. banyak lagilah!

Jangan sampai teman pun meluat! wakakaka!

Bak kata Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man,
"Dalam politik jangan banyak sangat musuh"
sunsnake 25062010

PKR adakan permukiman dua hari di Shah Alam mulai esok

June 25, 2010

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Persediaan menghadapi pilihan raya menjadi antara agenda yang akan dibincangkan pada sesi permukiman dua hari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mulai esok di Shah Alam.

Pengarah strategik PKR Tian Chua berkata lima kertas kerja akan dibentangkan pada sesi berkenaan yang akan dihadiri oleh anggota Majlis Tertinggi parti.

Beliau berkata selain persediaan menghadapi pilihan raya, mereka juga dijangka membincangkan perkara berhubung penyebaran maklumat dan struktur organisasi dalam bengkel yang akan diadakan.

“Kami akan berusaha menghasilkan beberapa resolusi... atau program kerja untuk parti,” kata Anggota Parlimen Batu itu kepada Bernama menerusi telefon di sini hari ini.

Beliau berkata Ketua Pembangkang dan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut menghadiri permukiman berkenaan.Permukiman itu diadakan berikutan laporan bahawa sekumpulan 15 Anggota Parlimen daripada PKR bergabung tenaga untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. – Bernama

0 comments: