Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 25, 2010

Artis kawin-cerai.. kesian..


Time bercinta.. time 'syok'.. time kahwin..
hebah satu dunia!!
time gaduh.. time bercerai..
pun satu dunia gak tahu!

sib baik teman bukan artis!

Tak tau la bila dah rapat dengan Maya Karin lepas ni kot? wakakakak!
Khairi jamaludin mesti senyum kalau baca ni...
sunsnake 25062010

Maya, suaminya boleh didakwa gagal sahkan nikah

June 25, 2010

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Pelakon Maya Karin dan pasangannya Muhammad Ali Abdullah boleh didakwa di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 berhubung kesalahan lewat mendaftar perkahwinan mereka yang berlangsung di Itali dua tahun lalu.

Menurut Pegawai Mahkamah Tinggi Syariah, pasangan tersebut boleh didakwa kerana lewat mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.

“Maya Karin dan Muhammad Ali boleh didakwa atas kesalahan itu kerana mengikut Undang-undang Keluarga Islam sesiapa yang berkahwin di luar negara perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

“Undang-undang Keluarga Islam juga menyebut pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan mereka dalam tempoh enam bulan dari tarikh mereka kembali ke Wilayah Persekutuan.

Berita Penuh

0 comments: