Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, June 16, 2010

Bayar tapi tak bertanggungjawab?


Adusss..
Seumur hidup teman ini la 1st time teman dengor..
Bayar pampasan tapi tidak bertanggungjawab(baca bersalah)..

Kalau tak bertanggungjawab apsal lak nak bayar?
Atas apa duit tu dikeluarkan?
Lagipun.. duit sapa yang dikeluarkan tu?
Duit Polis ke Duit poket defendan-defendan tu sendiri?

Kalau duit Polis, apsal pulak Polis kena keluar duit atas perkara yang bukan tanggungjawab?
Kalau duit defendan sendiri, apsal pulak kena keluar duit kalau bukan tanggungjawab defendan?

aduhhh!! sengal..sengal..

Saman RM2juta.. setel luar mahkamah dapat RM90k.. tak macam rugi ke ye?
sunsnake 16062010

Isteri lelaki mati dipukul polis dapat pampasan RM90,000

16/06/2010 3:51pm

KUALA LUMPUR 16 Jun – Suri rumah yang kematian suami akibat dipukul seorang konstabel, akhirnya mendapat pampasan sebanyak RM90,000 daripada pihak polis dan kerajaan.

Siti Rohana Mohamed, 27, mendapat pampasan itu selepas lima daripada enam defendan iaitu Ketua Polis Balai Polis Puchong, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ketua Polis Negeri Selangor, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia bersetuju menyelesaikan kes saman RM2 juta di luar mahkamah terhadap mereka.

Peguam M. Manoharan yang mewakili Siti Rohana berkata, kelima-lima defendan bersetuju membayar jumlah itu tanpa mengaku bertanggungjawab dalam insiden yang berlaku pada 26 Mei 2002.

Manoharan juga berkata, pengurusan kes itu berhubung defendan pertama iaitu Konstabel Mohd. Izwan Sahak, 28, ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Berita Penuh

0 comments: