Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, May 22, 2010

Samy Vellu - Pensyarah UPSI dipecat!


Berita Esok di Utusan Melayau

Tanjung Malim 23 Mei - Seorang Pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris disini hari ini dipecat 24 jam daripada semua jawatannya. Ini adalah kerana pendapat beliau berkenaan Samy Vellu di akhbar Utusan Malaysia bahawa perlunya Samy Vellu itu mengundurkan diri atau istilah lain letak jawatan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pemuda MIC, Mugilan telah dipecat kerana mengeluarkan kenyataan agar Samy Vellu meletakkan jawatan secepat mungkin. - Tidak Bernama

Wakakakakakak!
nasib la ko bukan ahli MIC Prof oii!! Idak kompom dah tak berparti dah la ni!!

sunsnake 22052010

Sudah tiba masa Samy Vellu berundur

KUALA LUMPUR 21 Mei - Sudah sewajarnya bagi Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden MIC bagi memberi ruang kepada pemimpin yang lebih muda menerajui parti terbesar kaum India itu.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, adalah jelas ramai masyarakat India tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan bekas Menteri Kerja Raya itu.

Menurutnya, walaupun mempunyai sumbangan kepada parti, tetapi kepimpinan Samy Vellu yang dilihat sebagai autokratik telah menyebabkan ramai yang tidak senang dengan MIC.

"Selaras dengan pengunduran pemimpin berusia dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, sudah tiba masanya Samy Vellu meletakkan jawatan.

berita penuh

0 comments: