
InsyaAllah, esok teman bersama dengan kawan-kawan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS yang berbangsa India dan Cina akan menaiki 1 buah bas ke Klang bagi menghadiri Perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat yang akan dirasmikan oleh YBhg Presiden PAS.
Kita jumpa di sana ya maccha!! Apek!!
sunsnake 22052010
Presiden PAS lancar Dewan Himpunan Penyokong PAS
| Ditulis oleh Harakah | 
| TUESDAY, 11 Mei 2010 06:41 | 
| KUALA LUMPUR, 11 Mei -   Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan   pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS, 23 Mei ini di Pejabat Tanah   Klang. Dewan Himpunan Penyokong PAS  yang mempunyai keahlian  seramai 20, 000 orang merupakan pengukuhan  Kelab Penyokong PAS yang  ditubuhkan sejak tahun 2005.   Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr. Mujahid Yusuf, dengan pengukuhan tersebut, ahli-ahli sayap PAS itu boleh menyertai Muktamar PAS dan mengikuti muktamar di peringkat negeri. Mujahid  yang juga Ahli Parlimen  Parit Buntar itu berkata, selain Presiden PAS,  pimpinan PAS yang lain  turut dijemput menyertai majlis bersejarah itu. "Pelancaran  Dewan Himpunan PAS  ini akan mencipta sejarah dalam PAS bagi membuktikan  PAS kini semakin  mendapat sokongan bukan ISlam. Dengan pelancaran  tersebut juga, ahli  Kelab Penyokong PAS secara langsung akan menjadi  sebahagian sayap PAS,"  katanya. Mujahid berkata, majlis   tersebut juga akan diserikan dengan persembahan pelbagai kaum. | 
 
 
2 comments:
Sepatutnya dari dulu lagi sudah ditubuhkab DHPP
betui3x.. tapi ianya terpaksa melalui satu siri yang agak panjang.. sebab agak teknikal... berkenaan denga perlembagaan PAS kan?
Post a Comment