Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 14, 2010

DAP anak beranak, UMNO adik beradik!


Memang benar..
DAP pernah Lim Kit Siang jadi Ketua, Lim Guan Eng jadi SU Agung, menantu LKS jadi AJK..

Tapi pernah ke DAP jadi begini..

Bapak Perdana Menteri, anak kandung jadi jutawan?
atau..
Abang jadi Perdana Menteri, adik kandung tiba-tiba jadi antara manusia terkaya di Malaysia?

Pernah ke DAP jadi macam tu?

Apa masalah kalau ada ahli keluarga dalam Organisasi parti?
Bukankah ianya adalah pilihan ahli?

Macam mana adik kandung Najib boleh jadi jutawan sedangkan sebelum Najib jadi PM adik kandungnya businessman biasa saja?

Melainkan MIC yang kalau ada nak melawan Samy Vellu kompom kena pecat terus!
Walaupun hanya melawan guna sms???

sudah-sudahlah Najib oiiiii!!
Bila nak pergi Perancis??
sunsnake 14052010

DAP bukan parti demokratik

SIBU 13 Mei - Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukanlah parti yang demokratik seperti namanya kerana ia dikuasai oleh satu keluarga yang terdiri daripada bapa, anak dan menantu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, walaupun mereka menuduh Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tuduhan tetapi dalam parti itu sendiri bapa pernah menjadi ketua pembangkang, anak menjadi setiausaha agung dan menantu menjadi pemimpin kanan.

"Mana ada parti macam ini.., BN tidak seperti itu. DAP walaupun belum berkuasa tetapi anak-beranak sudah menguasai parti dan kalau tidak menyokong bapa, anak atau menantu itu, mereka akan kena buang.

"Ini parti berkuku besi, parti BN lebih demokratik daripada DAP," kata Najib sambil menambah parti itu dengan gabungan rakan-rakan pembangkang akan terus melakukan pembohongan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

berita penuh

0 comments: