Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 14, 2010

Zalimnya Polis!



Polis membuktikan bahawa mereka adalah yang paling setia kepada UMNO kerana tergamak menangkap mereka yang menyuarakan ketidak puasan hati kerana kerajaan UMNO menghalalkan judi! Mungkin sedang berlumba-lumba dengan Suruhanjaya Pilihanraya bagi membuktikan siapa yang lebih setia!

Kesian dengan anak bini mereka.. terpaksa makan hasil setia membabi tuli kepada kerajaan UMNO yang tergamak menghalalkan judi!

Polis dan SPR ... dulu.. kini.. jangan selamanya sesat!

sunsnake 14052010

1,000 Berhimpun Bantah Lesen Judi Bola, Petugas Pas Dikasari Polis (TERKINI)

3.01 pm

KUALA LUMPUR 14 MEI: Lebih 1,000 orang menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia yang diluluskan Kementerian Kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Perhimpunan yang turut disertai masyarakat bukan Islam berlangsung kira-kira lima minit berikutan arahan polis yang melarang, bahkan mengarah mereka segera bersurai seusai solat Jumaat.

Seorang petugas perhimpunan dipercayai ahli Pas mendakwa dikasari polis tetapi dilepaskan selepas perbincangan polis dengan Setiausaha Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

Pada perhimpunan itu, Kamaruzzaman mendesak kerajaan Umno Barisan Nasional menarik semula lesen judi bola kerana ia bakal memberi kesan negatif kepada bangsa dan negara.

TVSelangor

0 comments: