Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, April 14, 2010

PRK Hulu Selangor (61) Bukit Beruntung..Idaman UMNO-BN!


Kurang 24 jam lagi BN akan mengumumkan calonnya untuk PRK Hulu Selangor di BN Command Center, Bukit Beruntung.

Suasana di 'Commande Center Barisan Nasional" Bukit Beruntung ketika ini agak rancak dengan keluar masuk kereta-kereta mewah (dah macam pertunjukkan kereta plak!).

Di simpang tiga selepas keluar dari Tol Bukit Beruntung, perang banner sudahpun lebih awal bermula! Kelihatan sebuah billboard bersaiz giant sedang dalam pembinaan. Berapi-rapi percikan welding! Kompom BN punya!

Buat hari ini, sesiapa yang keluar Tol Bukit Beruntung PASTI akan disambut oleh senyuman manis ala Juhi Chawla oleh Shahrizat Jalil! Banner sikit punya besar terpampang wajahnya! Ntah apa aktiviti yang dibuatnya..

Mengapa Bukit Beruntung? Hakikatnya, terlalu jauh Bukit Beruntung ini dengan Hulu Bernam! Cuma hanya melalui PLUS sahaja ianya boleh dipendekkan! Ikut jalan lama? Rentikanlah!

Sebenarnya dalam PRU 2008 yang lalu, UMNO-BN kalah dengan agak besar di UPU-UPU Bukit Sentosa/Bukit Beruntung! Dan kerana itulah sejak awal tahun lagi, UMNO sangat-sangat mengidamkan kemenangan di peti Undi ini... Malangnya UMNO Bukit Beruntung/Bukit Sentosa seperti hidup segan mati tak mahu! Cawangan-cawangan UMNO yang ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan ketua-ketua dan ketua-ketua penaja mereka sahaja!

Takpelah.. kita abaikan sahajalah apa niat mereka.. pastinya setiap parti yang bertanding mahukan kemenangan! Balik pada hal peniaga di Bukit Sentosa..

Tokey-tokey kedai makan didalam kawasan Bukit Beruntung dah mula senyum meleret-leret.. Lepas ni mau 2-3 kali sehari ke Pasar Borong Selayang cari bahan mentah!

Yang ada rumah sewa tak berpenyewa.. untunglahhh!! inilah masanya...
RM3000-RM5000 sebuah rumah beb!!! Bukan lama 2-3 minggu je!!!
Tapi pastikan penyewanya UMNO-BN lahhh..
Kalau PAS.. RM500 tu dah mahal benor dah yop!
itupun kena syer la nak bayornye.. uihhh... jenuh!
Itulah keindahan yang ahli UMNO sampai mati pun takkan dapat rasa!
kecuali masuk PAS!
sunsnake 14042010


p/s: Maaf lee.. kamera teman esok baru sampei.. takat ni tak dapat le nak bergambor2 ye?
tunggu le malam esok.. banyak lagi teman nak ngomelkan nih!

0 comments: