Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, April 14, 2010

PRK Hulu Selangor (57) MIC.. tak pernah sedar dari mimpi!




Teman betul-betul tak faham la kat puak-puak UMNO nih!
Sudahlah UMNO tak diberi peluang langsung di kubu terkuat mereka!
Bila diberi peluang.. sibuk pulak bergaduh nak jadi calon!

Yang UMNO ni kalau lah berkempen bermati-matian untuk PRK ni..
betul-betul teman tak faham laa..

Hidup Melayu! tapi depan mata dipermain dek rakan kongsi mereka sendiri..
Hidup Melayu! tapi kecut tel&r bila Najib kata MIC bertanding!

Yang MIC pulak ingatkan dah sedar diri selepas kena pelempang dek rakyat terutama kaum India di PRU 2008 dahulu...
Rupanya masih macam tu jugak! Malah lebih teruk lagi!
Dalam keadaan tempang masih masih nak berlagak!
Dalam keadaan cedera parah masih nak berebut jadi calon!
Sebab apa?
Sebab sibukkan kroni masing-masing! Itu lah sebenarnya..
Sebab apa lagi kalau bukan sebab itu?

Buat pengundi-pengundi India Hulu Selangor..
Jangan lupa ulangi tempeleng kali kedua anda 25 April ini!
Pastikan BN dijauhi sejauh-jauhnya!

sunsnake 14042010

MIC cadang Palanivel, Umno pilih Mugilan


Sumber tertinggi dari MIC, petang tadi, mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor.

Kurang senang

Namun keputusan itu dikatakan kurang disenangi oleh kebanyakan pemimpin atasan MIC. Mereka tetap mahukan Timbalan Presiden G Palanivel mewakili BN bagi merampas Hulu Selangor. "Jika Mugilan dinamakan sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel,” kata sumber itu. Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat malam semalam di Parlimen, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu. Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan (kanan) adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu. “Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel dan ini menyebabkan mesyuarat menjadi hangat,” kata sumber itu. Presiden MIC itu dilaporkan tidak mahu berganjak dengan pilihan partinya kerana persetujuan dikatakan telah dicapai antaranya dengan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

berita penuh

0 comments: