Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, April 12, 2010

PRK Hulu Selangor (48) GPS Hulu Selangor(1).. kot boleh dipakai laa..


Membaca post dari Anak Sungai Derhaka berkenaan pengalaman beliau meronda 1Hulu Selangor agak mencuit hati teman!
Haaa.. tu laaa.. teman dah kabo awal-awal lagi..
Hulu Selangor ni lagi besor dari Negeri Melaka!
So, UMNO Melaka yang dok berkubu di Bukit Sentosa tu jangan nak ekkk!
Kalau setakat Ketua UMNO Melaka si Ali Rustam tu sama level je dengan Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor nih!! hehehe

Bagi yang ada ada target nak ke mana-mana tempat di sini..
tempat perturunkan ilmu-ilmu GPS Hulu Selangor nih!

Kalau nak ke Dun Hulu Bernam:-

1. SKC
- Keluar Tol Slim River, ke kiri terus ke pekan Slim, traffic light depan Balai Bomba Slim(belah kiri) belok kanan terus je menuju ke Kuala Slim (jauh gak la dalam 15KM kot?)
Sampai penghujung jalan simpang 3 di Kuala Slim, belok kiri..
tempoh Jambatan baru merentasi Sg. Slim dan disebelah kiri anda kini adalah Kg Alah Batu dan terus je menuju ke satu Post Guard.
Tanya la kat Bro Polis Bantuan tuh!!! heheheh..
Melepasi Post Guard, terus sampai jumpa simpang 3,
ketika ini dikiri kanan anda hanya ada satu benda..
Pokok Sawit! Disimpang 3 belok kanan dan teruskan sampai la ke SKC dan Kampung Jaya.

2. Sg. Selisek,Gedangsa, Gesir
- Keluar Tol Behrang (jangan gi umah Jamal Posmen pulak!!),
ke kanan, terus dalam 1Km, traffic light belok kiri dan terus menuju ke jambatan merentasi rel keretapi.
Selepas tu jumpa Jambatan merentasi sg Bernam dan itu adalah Sg. Selisek.
Belok kiri terus pastikan bertemu sekolah disebelah kanan dan padang bola disebelah kiri (tempat Shafie Apdal kena scam!).
200m selepas padang tu ada simpang 3, belok kanan dan terus naik bukit..
Teruskan perjalanan anda akan jumpa Felda Gedangsa di sebelah kanan.

3. Sg. Tengi, Sg. Tengi Selatan dan Soeharto
- Keluar Tol Bukit Tagar, sampai jumpa simpang 3 dan belok kanan.. jauh gak laaa..
baru jumpa Sg. Tengi Selatan dulu.. Lepas tu baru jumpa Sg. Tengi dan lajak jauh lagi..
jumpa Soeharto..
jangan tanya teman mengapa nama dia Soeharto ye? teman tak tau!

4. Kalumpang
- Keluar tol Tg Malim, terus dan belok kanan (traffic light atas flyover)..
turun dan terus.. jumpalah Kalumpang..
Landmark dia ada Stesen Timbang JPJ belah kanan.

5. Hulu Bernam
- Keluar Tol Tg Malim, belok kiri. terus dan itulah dia Hulu Bernam!
lajak sikit lepas jambatan Sg. Bernam jumpa Pekan Tg Malim!
jumpa masjid Jame' Tg Malim..
haa.. kat Jalan Ketoyong tu la rumah Teman!! hehehe

nanti teman cerita Dun Kuala Kubu dan Dun Batang Kali pulak ye!

sunsnake 12042010

0 comments: