Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, April 11, 2010

PRK Hulu Selangor (38) Lagi janji Pilihanraya UMNO!


Pehhh!!
Tadi teman ke restoran di Bukit Sentosa..
Setelah sepanjang pagi berguling menahan pedih gastrik!
Tiba-tiba rasa lega dan kelaparan yang menusuk kalbu!

Punya la ramai kakitangan kerajaan makan kat restoran tuh!
Selalunya staf2 Perodua dan vendor je yang makan disitu..
Semua dressing ala-ala UMNO wehh!!

Oleh kerana teman takde kamera, handset pun cuma ada flash takde kamera..
Tak dapat la nak ngambik gambo2 deme..

Tapi ye la bak kata Menteri kat bawah ni..
Sekarang la baru nampak ramai 'penanam anggur' kat Hulu Selangor ni..

Pada yang jenuh mengisi borang minta kerja pagi tadi..
Lepas je 25 April ni... jadi tukun la borang korang tuh!
Kompommmmm!
sunsnake 11042010


Kerajaan sedia tangani aduan kurang peluang pekerjaan di Hulu Selangor

11/04/2010 3:10pm

HULU SELANGOR 11 April — Kerajaan sedia menangani aduan penduduk di Hulu Selangor yang mendakwa berlaku kekurangan pekerjaan di kawasan itu sehingga memaksa penduduk tempatan berhijrah.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata masih wujud peluang pekerjaan di kawasan itu dengan adanya sektor perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta lima kawasan perindustrian dan 17 ladang di sekitar daerah Hulu Selangor.

"Rasanya ia tak jadi isu, di sini ada kawasan SME, ladang dan kawasan industri, majikan juga mengambil pekerja mengikut kesesuaian, serta menjaga kebajikan pekerja,” katanya kepada pemberita selepas melawat Program Penempatan Pekerjaan (3P) anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di Batang Kali di sini hari ini.

Maznah berkata di Selangor sahaja terdapat 37,321 peluang pekerjaan dari sektor swasta dan awam.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 300,000 pendaftar dalam portal www.jobsmalaysia.com yang sedang mencari pekerjaan dan lebih 79,000 majikan di seluruh negara dari sektor awam dan swasta yang menggunakan portal tersebut untuk mendaftarkan pekerjaan kosong dalam semua kategori. - Bernama

0 comments: