Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, April 11, 2010

PRK Hulu Selangor (39) Tanda-tanda BN makin cuak!

Sekadar gambar hiasan je tau!


Tak cukup lagi ke TV,Radio, surat khabar?

Ini antara bukti betapa dalam culaan BN, mereka jauh ketinggalan di belakang!
Rakyat Hulu Selangor masih lagi memilih PR sebagai Ahli Parlimen dan kerana itulah aktiviti-aktiviti seperti "Program Anak Angkat" ini terpaksa dilakukan!

Bayangkan..
Dengan Suratkhabar harian dicontrol sepenuhnya oleh UMNO-BN..
Dengan media elektronik yang dah macam mak bapak UMNO-BN punya terutama RTM
Dengan Radio yang Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat sendiri tak boleh 'berdehem' pun didalamnya!

Terpaksa juga hantar 'pencacai' ke rumah-rumah.. siap nak jadi anak angkat pulak tuh!
Berapa la masyukkk!! mak pak angkat ni nanti!
kena lak anak angkat nye amoiiiiiii cun! hahahaha

jangan terangkat dek bapak angkat suddaaahhhh!!!
sunsnake 11042010

MCA anjur program anak angkat di Hulu Selangor

11/04/2010 2:33pm

MELAKA 11 April — MCA akan menganjurkan program anak angkat di kampung baru masyarakat Cina di kawasan Parlimen Hulu Selangor bagi mendekatkan lagi hubungan dengan pengundi yang akan mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 25 April ini. Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata melalui program itu, anggota MCA terlibat akan turut menyampaikan maklumat tepat mengenai dasar kerajaan dan maklumat lain yang berkaitan kepada pengundi.

"Kita sudah membuat persiapan rapi, kita mengadakan kempen setiap hari sekarang untuk dekatkan lagi dengan pengundi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Liow yang juga Menteri Kesihatan menghadiri majlis perasmian Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, di Bandar Hilir di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pilihan raya kecil kerusi parlimen itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 17 April ini.

Liow berkata MCA akan bekerjasama dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional berkempen bagi memastikan calon BN menang pada pilihan raya kecil itu. - Bernama

0 comments: