Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, April 25, 2010

PRK Hulu Selangor (125) Tahniah MIC!!! Tahniah Pakatan Rakyat!


Teman dari blog Aku Budak Balun mengucapkan Tahniah buat MIC dan Barisan Nasional diatas 'kemenangan' dalam Pilihanraya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor hari ini.

Buat semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat terutamanya buat PKR, Hanya ini sahaja yang mampu teman ungkapkan buat kalian..

"Kebatilan yang Berperancangan telah berjaya mengalahkan Kebenaran yang tidak berperancangan!"

Buat semua bloggers yang sudi hadir menyampaikan berita dan pandangan 'berani mati', meninggalkan anak bini mahupun awek, syabas dan tahniah diatas segalanya! Buat Dugong Darat, Ali Bagan Utama, "Abang Long" Mat Saman Kati dan pastinya 'Ayahanda" Wak AlBanjari.. Sesungguhnya PRK ini mempertemukan jasad dan diri kita.. InsyaAllah... pertemuan ini akan dipanjangkan buat selama-lamanya..

kepada semua pendokong dan penyokong parti-parti dibawah naungan Pakatan Rakyat, terimlah kekalahan ini dengan hati yang terbuka, jiwa yang besar dan muafakat yang jitu!
Adakan selepas ni 'post mortem' yang merangkumi ketiga-tiga parti utama ini, bukan hanya sekadar dalam parti-parti kerana rosak satu parti maka rosaklah keseluruhan gabungan kesayangan dan harapan rakyat Malaysia ini..

Sekian, Wasssalam

sunsnake 25042010


p/s: dengan ini juga teman menutup posting dibawah tajuk "PRK Hulu Selangor" dan ianya berakhir dengan angka 125.

0 comments: