Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 18, 2010

Tak sia-sia rakyat Selangor berdoa'


Alhamdulillah...
Ada jugak kesannya amalan setiap kali Khutbah Kedua Solat Jumaat tu..

sunsnake 18032010

Sultan S'gor tak akan hadiri AGM PERKASA
Mac 18, 10 1:12pm
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (bawah, tanpa songkok) tidak akan berangkat menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung tahunan (AGM) Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) pada 27 Mac ini.

Menurut Bernama, setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Banir berkata pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang. Pada asalnya baginda telah berkenan berangkat dan menyampaikan titah perasmian selepas mengambil kira perjuangan PERKASA yang mempertahankan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Baginda bercadang untuk menasihatkan Perkasa agar tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu perkauman dan harus berusaha mencapai objektif menerusi saluran dan undang-undang sedia ada, katanya pada sidang media, di Shah Alam hari ini.

berita penuh

0 comments: