Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 18, 2010

Apabila bukan luahan hati sendiri..


Teman yakin gak yang teks biadap yang Zahrain baca semalam bukan luahan hatinya sendiri..
Ayat sebutir-butir keluar..
Dan betul jugak kata YB Saifuddin ni..
Sebelum memang tak pernah pulak dengar atau nampak si Zahrain ni berucap macam tu dalam parlimen! Bagai nak rak pulak tuh!

Hmm.. inilah spesis yang teman rasa masih ada lagi dalam PKR sekarang ni..
Sila hati-hati ye duhai PKR?
sunsnake 18032010

Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).

0 comments: