Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, March 14, 2010

'Pembersihan' sedang berlangsung!


Walaupun teman menganggap aktiviti keluarnya ADUN dan MP PKR dari parti mereka itu sebagai suatu 'pembersihan' namun jauh di sudut hati teman..
Amat berharap agar Pimpinan tertinggi PKR membuat sesuatu..

Apa yang perlu mereka buat?
Terserahlah.. Ini kerana bukanlah hanya menjadi isu kepada PKR tetapi melibatkan PR seluruhnya!

Tahniah dan Syabas buat ADUN & MP PAS yang sehingga kini terbukti Istiqamah dalam perjuangan..
Nah! terbukti bukan bahawa Prinsip Islam adalah segala-galanya!

Buat semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat, benarlah kata-kata TG Nik Aziz bahawa ini adalah 'pembersihan'..
Banyak dan jauh lagi perjalanan kita dan Pakatan Rakyat demi masa depan Malaysia..
Yang pasti demi kebahagiaan dunia dan akhirat

sunsnake 14032010

Ramai Lagi Pemimpin PKR Akan Keluar Parti

KULIM, 14 Mac (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 10 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan lain-lain negeri didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini.

ADUN Lunas (Bebas) Mohd Radzhi Salleh berkata beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.

Beliau berkata pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada anggota, penyokong parti dan orang ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)Parlimen Kulim/Bandar Baharu, di sini, pada Ahad, katanya beliau sendiri akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat ini.

berita penuh

0 comments: