Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, March 14, 2010

Jangan ganggu 'talian hayat' kami! - Maslan



Tolonglah..
La ni kami dah tak boleh nak cari makan di bandar-bandar!
Di sub-bandar pun dah tak boleh nak makan besar dah!
makin lama makin kurang...
Di kampung-kampung cina kami dihalau! tambahan di Perak!
Di kampung-kampung melayu pulak ikut jiwa penduduk kampung..
Kalau majoriti penduduk kampung tu lagha, takde masalah!
tapi kalau majoriti penduduk kampung tu kuat ibadah..
memang kompom kami kalah UPU kampung tu!

Di estet-estet pulak.. kami kena keluar modal besar!
Di Bagan Pinang, kami kena hantar setiap satu rumah sebiji dapur masak + periuk elektrik!
baru leh dapat undi India Estet.. Itupun cuak jugak kami!

Tolonglah..
Hanya Feldalah talian hayat kami..
Sebab itulah kami tak kisah belia-belia Felda makin hancur sahsiahnya!
Lagi hancur mereka.. lagi senang kami nak pergunakan!
Lagi rosak amalan mereka.. lagi senang kami nak upah..

Hanya Feldalah talian hayat kami..
Merekalah segala-galanya bagi kami di Semenanjung..
Sabah & Sarawak kami ada PATI Filipina dan Indon yang kami bagi IC sementara..
Kompom mereka undi kami tak lama lagi!

Hanya Feldalah talian hayat kami..
Sebab orang-orang tua Felda banyak yang sokong kami lagi..
Kalau yang kaki masjid.. kaki surau..
haa tu kami kena double check dulu..
sebab susah laaa.. kalau mereka yang kaki masjid ni..
Pimpinan kami leceh la kalau nak berceramah di Masjid..
takut kena soal dengan soalan agama!
Longgar lutut pimpinan kami nanti!

Tolonglah..
Jangan ganggu talian hayat kami..

"mungkin inilah rayuan sebenar brader bawah ni!

sunsnake 14032010

'Hentikan pecah belah Felda'

PUTRAJAYA 13 Mac - Pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian peneroka Felda digesa menghentikan segera perbuatan itu demi memastikan masa depan dan daya saing anak-anak peneroka terus terbela.

Mengingatkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengakui Felda kini 'diasak' dengan sentimen politik oleh pihak berkepentingan yang cuba memanipulasikan generasi keduanya.



Beliau menarik perhatian antara isu yang cuba diketengahkan kumpulan terbabit adalah mahu supaya semua rumah dan kebun dalam Felda Plantation diserahkan kepada generasi kedua.

''Kalau dibuat begitu, bagaimana kita hendak bantu anak-anak peneroka.

''Ini kerana keuntungan hasil Felda Plantation ini dinikmati oleh anak peneroka termasuk perkara-perkara seperti bonus tahunan, penyediaan program ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), universiti serta skim tuisyen.

''Jika segalanya diserah kepada generasi kedua, apa lagi yang tinggal," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.



berita penuh

0 comments: