Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, February 14, 2010

Mahkamah Malaysia Mahkamah Rimba!

Ntah bila la geng-geng Pekida nak sedar..
Ntah bila la makcik-pakcik Felda yang UMNO nak sedar..
Ntah bila la polis-polis nak sedar..
Ntah bila la bro-bro FRU nak sedar..
Ntah bila la Hakim-hakim nak sedar..
Ntah bila la melayu-melayu nak sedar!!

Ntah bila la depa nak sedar yang mahkamah Malaysia la ni dah macam Mahkamah Rimba!
Satu dunia dok gelak tengok Mahkamah Malaysia dah jadi sarkis!
Ikut suka hati pemerintah sahaja!
Konsep Pengasingan Kuasa? Pergi mampos!
Kalau boleh dengan YDP Agong pun depa nak letak bawak Eksekutif!
La ni pun sebenarnya dah macam tu cuma tak berapa nampak aje..

Eh! Polis Diraja Malaysia bukan sepatutnya bawah Agong?
La ni ikut telunjuk Hishamuddin aww!!
Eh! Tentera Diraja Malaysia bukan sepatutnya bawah Agong?
La ni ikut telunjuk Zahid Hamidi aje!!

Malaysia oh Tanahairku!

sunsnake 14022010

Perbicaraan Anwar 'tidak adil'

Bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Param Cumaraswam berkata, mengikut standard antarabangsa, perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang paling tidak adil.

Param (kanan) yang juga salah seorang peguam Anwar berkata, keengganan pihak pendakwaraya untuk memberi senarai saksi dan bukti kepada mereka, amat sangat dikesali.

"Ianya bercanggah dengan prinsip yang terima dalam keadilan sejagat," katanya.Param berkata, taktik yang digunakan oleh pihak pendakwaraya itu, dalam perbicaraan kes ini, harus dihentikan.

Karpal Singh, seorang lagi peguam Anwar, bersetuju bahawa perjalanan perbicaraan kes liwat Anwar adalah tidak adil kerana walaupun sudah seminggu berlalu, pihak peguambela masih belum memperolehi senarai saksi.

"Mengapa pendakwaraya merahsiakan senarai saksi? Pihak peguambela perlu tahu siapakah saksi-saksi.

"Sepanjang 40 tahun menjadi peguam, ini adalah kali pertama di mana senarai (saksi) tidak diberikan oleh pihak pendakwaraya," kata Karpal (kiri).

Seorang lagi peguam, Sankara Nair berkata dokumen-dokumen harus disediakan awal bagi mengelakkan penangguhan untuk pihak peguambela mendapatkan pandangan pakar.

"Sehingga hari ini, kami dihalang memperolehi lebih banyak bukti walaupun hakim (Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah), telah mengarahkan pihak pendakwa berbuat demikian," katanya.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Mohamad Zabidin mengarahkan pendakwaraya menyerahkan kepada pihak peguambela, senarai saksi, bukti, rakaman CCTV dan laporan perubatan berhubung kes tersebut.

Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan selepas pihak pendakwaraya mengemukakan rayuan. Selepas itu, Mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan Anwar.

sumber - malaysiakini

0 comments: