Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, February 14, 2010

Duit Angpau untuk cina-cina di Tasek Gelugoq kot?

"Ayah! Jom la jalan-jalan.. kan cuti sekolah ni.." rayu anak sulong teman pagi tadi...

aduhhh!!! masalahnya ekonomi tengah meleset nie.. maklumlah bulan ni lah renew insurans roadtaxnye.. bulan ni lah kena tukar pintu dapur yang tunggu masa nak roboh tu!
Kalaulah teman ni Setiausaha Menteri macam manusia kat bawah ni alangkah indahnya!
Bukan setakat bawa anak-anak jalan-jalan, emaknya pun boleh dimadukan!! wakakaka!

sunsnake 14022010

SPRM Tahan Setausaha Politik Menteri Kanan Bersama Wang RM 2 Juta

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta.
Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.
Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.
Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.
Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.
Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.
Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.
Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.

Sumber itu memberitahu, satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya.

Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.
Dalam pada, menurut sumber itu, pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit.

Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi.
Pengarah SPRM negeri, Latifah Md Yatim tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut.
sumber - Mstar

dipetik dari tukartiub.blogspot.com

Ahad, 2010 Februari 14

APA KHBAR TAN SRI - BERAYA PAGI INI DIMANA?



TENGOK MUKA INI BETUL BETUL - ADA MUKA MELAYU ATAU DARI TAMIL NESAN




HANYA TANYA KHABAR

apa khabar?
supir dah bagi cuti?

apa khabar?
setiausha tidor dimana malam tadi?

sumber - tukartiub

0 comments: