Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, January 30, 2010

Sudah-sudahlah ye YB berdua...


Profesional dan berintegriti...
Jika inilah ulasan sebenar daripada YB Khalid selepas dijatuhkan hukuman penggantungan daripada semua jawatan didalam parti oleh JK Disiplin PAS yang diketuai oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Inilah masanya kita semua baik daripada kepimpinan tertinggi hinggalah yang paling bawah! ahli biasa macam teman ni agar bermuhasabah kembali merenung segala kesilapan dalam usaha kehidupan beragama ini.

Buat YB Khalid dan YB Hassan,
jadikan kepentingan perjuangan Islam ini melebihi segala-galanya!
Perselisihan pendapat adalah hikmah namun jangan la terbawak-bawak sangat.
Sebaiknya selepas ini ada pertemuan antara kamu berdua..
Kami ahli PAS dibawah ini memang bosan kalau perselisihan ini terlalu lama berpanjangan!

so YB's.. lets move forward!
sunsnake 30.01.20101


Khalid: Jawatan tak penting
Jan 30, 10 10:00am
Malaysiakini:

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad belum membuat keputusan sama ada akan merayu terhadap keputusan Jawatan Kuasa Disiplin PAS yang mengantung jawatannya dalam parti selama 6 bulan.

Antara jawatan itu, termasuk YDP kawasan Shah Alam dan ahli Lujnah Politik PAS Pusat.

Khalid yang menulis di blognya berkata dia sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan.

“Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?” katanya.

Khalid berkata dia menerima penggantungan itu dengan hati terbuka.

Katanya lagi, ramai yang tidak menyedari pada hakikatnya matlamatnya bagi mendedahkan kepincangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali telah tercapai.

“Tindakan Dato PJ (Pesuruhjaya PAS) selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar salah dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi,” katanya.

Khalid juga berikrar dasar perkukuhkan Pakatan Rakyat akan dipertahankan selagi mana PAS bersama gabungan itu.

Beliau juga mengingatkan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir dan menyeru semua supaya bersatu mengasak Umno sehingga mereka tersungkur.

0 comments: