Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, January 30, 2010

Resign??? Elok la pun...

Pada teman..
Elok la letak jawatan..
Sedari dulu lagi... manusia tidak maksum..
Ada yang kita perlu dengar nasihat orang walaupun musuh..
Ada yang kita perlu halusi nasihat orang walaupun kawan..

Cari la keje lain..
Dengan kelulusan yang baik tu..
Teman yakin senang-senang je kamu leh dapat keje..
InsyaAllah..

Jangan peningkan lagi kami nak menjawab tohmah dan fitnah UMNO!
sunsnake 30.01.2010

Menantu Nik Aziz letak jawatan
Jan 30, 10 10:07am
Kontroversi desakan Menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abd Rahman melepaskan jawatannya lebih awal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kini berakhir apabila beliau secara rasmi berbuat demikian semalam.

Abdul Ariffahmi, yang pada awalnya mengumumkan peletakan jawatannya akan berlaku pada Mac depan, digantikan oleh Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Mustafa Salleh.

Pengarah Pilihan raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun mengesahkan peletakan jawatan Abdul Ariffahmi itu.

Sumber kerajaan negeri memberitahu Bernama, upacara penyerahan tugas antara kedua-dua pegawai kanan berkenaan telahpun diadakan di Pejabat PMBK di Jalan Kuala Krai, Khamis lalu.

Mustafa, 44, yang tamat tugasnya sebagai Timbalan CEO PKINK 31 Jan ini dijangka memulakan tugas baru di PMBK pada 1 Febuari. Bagaimanapun, sumber itu tidak pula menyatakan jawatan baru Abdul Ariffahmi.

Isu peletakan jawatan Abdul Ariffahmi menimbulkan kontroversi setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam perbadanan di bawah pentadbiran beliau, menyebabkan PAS pusat mendesak beliau meletak jawatan bagi menjaga imej parti.

berita penuh

0 comments: