Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya) , tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
Munculnya gaya hidup m ewa h dan manja di kalangan umat Islam “ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja , putera-puteri Parsi dan Rom , maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi , Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Lihat pakcik Islam tu!
Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi

Akan terdapat banya pengkritik , pembawa-cerita ,
penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
“ Banyaknya sifat bohong , pendeknya waktu , dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu
dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita “ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya , kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang “ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
Menghias masjid dan membanggakannya “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai
Bermaharajalela alat muzik “ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh , rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
Penaklukan Baitulmuqaddis “ Dari Auf b. Malik r.a. , katanya , "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya , iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
lepas nie nak tunggu tanda2 besar kiamat plak











0 comments:
Post a Comment