Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, January 29, 2010

Apa lagi nak kata, Najib?

Inilah manusianya yang menjadi antara mereka yang bertanggungjawab dalam melaksanakan draf royalti dulu.. So? Apa lagi kamu nak kata Najib? Nak gali kubur Tun Razak balik ke?

Sudah-sudahlah tu.. kata Hidup Melayu!
Kat Kelantan tu lebih 80% rakyatnya melayu..
Bagi je laaa... Malahan lebih telus nanti duit tu dibelanjakan banding Sabah, Sarawak dan Ganu..
Ke geng-geng UMNO tau takkan dapat songlap kalau Nik Aziz yang jaga?

sunsnake 29.01.2010

Ku Li: Kelantan berhak terima royalti 5 peratus

TERKINI 3

Oleh Mohd Zuharmann

KOTA BARU, Jan 29 — Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan mengenai pertikaian wang royalti di sini malam tadi mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Kelantan berhak menerima royalti petroleum lima peratus sebagaimana termaktub dalam perjanjian.

Kata beliau rakyat Kelantan berhak kepada bayaran royalti berdasarkan perjanjian yang termaktub di bawah akta pembangunan petroleum yang digubal 1974.

Justeru kata Tengku Razaleigh, perjanjian dengan kerajaan pusat adalah sah dan tidak pernah terbatal di sisi undang-undang.

“Jika benar adanya minyak di perairan pantai Kelantan, dan wujud hasil pengeluarannya maka Kelantan berhak kepada tuntutan royalti sebanyak lima peratus,” kata beliau dengan disambut laungan takbir.

Kerajaan Kelantan membuat tuntutan royalti minyak tahun lalu ekoran statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5 peratus hasil galian petroleum.

Pada sidang media, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga anggota Kabinet persekutuan, sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” kata beliau diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa kerajaan pusat hanya akan bayar wang ihsan kepada kerajaan negeri.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan, wang ihsan bukan royalti”.

Orang ramai membanjiri ruang stadium mendengar penerangan daripada Ku Li berhubung isu tuntutan royalti minyak Kelantan.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ihsan.

Menurut Tengku Razaleigh kali terakhir beliau tampil di hadapan himpunan puluhan ribu rakyat di stadium yang sama ini adalah kira-kira 15 tahun lalu.

Laungan takbir memecah suasana stadium sebaik sahaja Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menaiki pentas.

Difahamkan program seumpama ini juga akan diadakan di negeri-negeri lain.

Tinjauan The Malaysian Insider sejak awal petang mendapati sambutan rakyat di sini adalah luar biasa memandangkan komitmen mereka bermula sejak awal hari lagi.

Sementara itu turut dimaklum Tengku Razaleigh kehadirannya di pentas tersebut bersama pimpinan kerajaan negeri diterajui PAS turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra yang dirawat di Singapura dan Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra.

“Kebetulan nak balik ke mari dari Singapura, saya menghadap sembah perkara ini kepada Tuanku, Tuanku angguk dan senyum tanda setuju.

“Dengan Pemangku Raja saya jumpa di masjid Kuala Betis semasa sembahyang Jumaat. Pemangku Raja setuju, dan pesan pada saya ceritakan perkara yang benar,” jelas beliau.

Mengulas lanjut sama ada royalti mahupun wang ihsan itu perlu disalurkan terus kepada kerajaan negeri, bukannya melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan dan wang ihsan bukannya royalty”.

“Mengikut fahaman saya kerajaan Kelantan tak puas hati sebab dia tuntut hak dia berdasarkan perjanjian. Saya rasa itu bukan perkara luar biasa,” kata beliau.

Memberi reaksi terhadap kenyataannya sendiri bahawa Kelantan memang berhak kepada royalti berbanding beberapa kerat rakan-rakanya dari kalangan menteri Umno yang tidak berganjak daripada berterusan mendakwa sebaliknya, dalam nada sinis Tengku Razaleigh berkata, “walaupun miskin, kita ini bukan tok pakir (pengemis)”.

Terdahulu Tengku Razaleigh tiba di Stadium Sultan Mohd IV di sini kira-kira 9.40 malam tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik ‘usaha’ kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.

Kehadiran beliau untuk memberi penerangan mengenai isu berkenaan diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa tuntutan wang royalti.

Difahamkan iringan beca adalah kehendak penarik beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.

Menjelang program penerangan isu tuntutan royalti malam tadi, Stadium Sultan Mohd IV mula dibanjiri orang ramai sejak pukul 6 petang.

Oleh itu, Pengerusi bersama program Gegar ini, Dr Abdul Halim Yusof menjangkakan tidak kurang 50,000 orang akan mengikuti program tersebut.

“Tengok pada keadaan sekarang saya rasa lebih dari 50,000 akan hadir,” kata beliau ketika ditemui di kawasan stadium kira-kira 6.30 petang tadi.

Program dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah royalti.

Kira-kira 7 petang, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan exco-exco kerajaan, wakil rakyat serta pegawai kerajaan negeri.

0 comments: