Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, November 7, 2009

Kelantah Kalah Final Piala Malaysia!!


Setakat ini perlawanan dah masuk minit 70, Kelantan ketinggalan 0-3 dengan Negeri Sembilan. Walaupun hati teman solid untuk Perak!!tapi disebabkan Kelantan ni ada kena-mengena dengan fikrah politik teman.. agak sedih gak la kalah nih!

Barisan pertahanan yang slow, gagal membaca perlawanan, midfield yang cuba menjadi seperti steven gerrard(satu padang nak pusing) dan langsung tak berfungsi! dan striker yang terkial-kial nak melepasi midfield N9(midfield tau bukan defend!!!)

Kesimpulannya, satu team Kelantan main over-confident malam nih!! mungkin kemenangan besar di separuh akhir ditambah pulak dengan permainan media sebelum hari ini seolah-olah N9 akan kalah tetapi benar-benar telah menjadi barah kepada pasukan Kelantan!!

Buat penyokong dan rakyat Kelantan, tahniah la jugak sebab dapat main dua kali final dalam1 tahun(FA satu lagi).. walaupun kalah kedua-duanya.. Tahniah pulak buat N9 yang menang buat pertama kalinya Piala Malaysia.. Last final N9 kalah dengan Perak!!!wakakakaka!~!!

p/s: diwaktu ini stadium bukit jalil mula kosong dan penyokong Kelantan yang tinggal sibuk main mercun!!!

Kadang-kadang rasa macam team Perak pulak yang main sebab asyik dengor nama Indra,Khalid... hehehehe

sunsnake@budakbalun 7.11.2009

0 comments: