Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 16, 2009

Adus! Roadtax motoku mati!

Teman ada motor Modenas Kriss 110 yang ayah teman beli tahun 1995.

Maknanya dah dekat 19 tahun umur motor nie..

Memang uzur sangat dah..

Kalau tengok keadaan fizikalnya pun dah teruk benor..

Selalu jadi sindiran kawan-kawan tempat kerja..

Dari rumah ke tempat kerja (dalam 20KM) jika sampai je ke opis..

Teman dah cukup bersyukur dah!


Baru-baru ni Roadtax insurans moto ni mati..

Teman pun pukul talipon mak teman di kampong..

Minta renew laa.. nanti teman bagi duit.. pesan teman pada mak..

Baru tadi mak teman talipon balik..

“err.. roadtax insuran kena RM148!!!” Subhanallah!!! Tersedak teman tengah makan nasi tadi!!

“Biar betul mak???” “Mahalnye??”

“Tu laa pasal. Dah tak boleh buat 3rd party dah!” ujar mak teman dengan nada kesal..

Motor teman tu kalau dikira value pun ada la dalam RM500! Itupun kalau ada yang nak!

Maha Suci Allah! Bantulah teman..

Untuk nilai RM148 ni, memang takde nilai langsung disisi Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor nih!

Apatah lagi disisi Khir Toyo!

Apatah lagi disisi Najib Tun Razak!!!

Belanja anak-anak dia sehari pun rasanya 5-6 kali ganda daripada tuh!!

Tapi ini teman..

Buruh ‘pekak’ yang berbangsa melayu!

Teman takde syarikat kontraktor kelas F..

Teman takde Sijil AP untuk bawak masuk kete mewah!


Yang teman ada Cuma gaji basic+ OT untuk sara kehidupan teman,isteri dan anak-anak tercinta..

Untuk RM148 tu, teman kena OT 15 jam!

Mujur nilai OT teman RM10/jam.. tinggi la jugak!

Kalau RM2/jam??

Berapa hari nak buat OT untuk cover nilai roadtax insurans tu?

Gaji basic? Jangan tanya la?

Itu la nak bayor rumah(interest loan sampai 170%!! Pinjam RM70K bayor balik RM168K!!!)

Itu la nak bayor kereta ( loan 9 tahun tapi baru 5 tahun kereta dah senget-menget! Kete Proton! Itu je yang berani nak beli)

Itu la nak bayor hutang-hutang (tak berhutang memang takde harta la!)

Itu la nak bayor tambang bas sekolah anak!

Duit belanja makan? Ntah? Selama ni pun ntah cam mana leh hidup teman pun tak tahu!!

Inilah realitinya kehidupan rakyat Malaysia..

Mencari duit untuk mengayakan kapitalis!

Insurans ini pun amat-amat zalim lagi membebankan sebenarnya!

Tengok betapa cantik perancangannya..

Roadtax renew setahun sekali..

Kalau nak renew roadtax kena renew insurans sekali!

Kerajaan Bangsat UMNO-Bn ni kononnya mengaku rakyat diutamakan!

Roadtax hanya RM2 katanya.. sialan!

Insurans pulak dikenakan!

Tak cukup dengan itu, insurans 3rd party dah tak boleh!!

Konon untuk elak masalah berbalik kepada pengguna!


Tak payah syarikat insurans ambik tindakan..

Polis dah sedia menunggu di tepi-tepi jalan..

Takde road tax? Sila sign surat saman..

Silap-silap motor buruk tu kena angkut ke Balai!

Tak nak kena saman kena la ‘hulur’..

Roadtax Insurans RM148, nak kena hulur jugak dalam RM50!

Punya senang polis punya keje!

Sambil dapat ‘untung’, syarikat insurans yang makin kaya!

Tengok la kat Kuala Lumpur..

Menara mana yang tinggi-tinggi, kebanyakkan menara syarikat-syarikat insurans!

Cuba la check balik siapa ‘Board of Director’ nya..

Kompom! Pemimpin UMNO dan kroni-kroninya!


Sialan punya kerajaan UMNO-BN!

sunsnake 16.11.2009

0 comments: