Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, December 11, 2010

Roboh Surau - DBKL Suruh AJK Jumpa UMNO? adoi!


Teman hilang akal kejap bila baca berita ni..
DBKL hilang akal?
Tak tahu malu?
Hilang kemaluan?
Hilang maruah?

Siapa UMNO ni dalam sistem pengurusan Kuala Lumpur?
Macam mana boleh terfikir nak meeting di pejabat UMNO perihal pengurusan KL?
Apsal tak meeting di PWTC terus..
Lagi baik DBKL minta kelulusan MT UMNO!
Laaagi baik kalau Datuk Bandar KL gi bertanding jawatan MT UMNO!
Baru pueh hati!
Sengal tol!
sunsnake 11122010

Gagal kuasai, Umno mahu surau diroboh?

KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS Lembah Pantai menentang usaha pihak berkuasa hendak merobohkan Surau Al-Falah di Kampung Pantai Dalam yang diimarahkan oleh penduduk dengan baik.

Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Adlin Soleh berkata, usaha merobohkan surau itu dilihat adanya unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh pihak lawan.

“Kita menyedari usaha Umno khususnya Datuk Raja Nong Chik menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

“Ada beberapa surau dan masjid yang tidak dikuasai mereka menyebabkan mungkin adanya dengki sesetengah pihak tertentu sehingga keluar cadangan untuk merobohkan Surau Al-Falah,” katanya.

Menurutnya, jika isu itu tidak ditangani segera, PAS memberi amaran BN akan menghadapi tindakan rakyat yang lebih tegas dalam pilihan raya akan datang.


Berita Penuh

Friday, December 10, 2010

Tazkirah Jumaat 4 Muharam 1432H


Nabi laknat perempuan nipiskan bulu kening

FIRMAN Allah bermaksud : "Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung." (Surah an-Nur, ayat 31)

* Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)

* Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

* Menurut Bukhari, Nabi Muhammad SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

* Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

* Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

* Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

* Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

* Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

Semoga anda mendapat iktibar dan pengajaran daripada petikan hadis di atas. Wallahu a'lam bissowab.

Thursday, December 9, 2010

Muhasabah Untuk Ahli-Ahli PAS! [Wajib Baca]

Sekadar Gambo Hiasan... Ahli PASZBB!

PAS Masih Untuk Orang Kuat PAS

Setelah tidak menjadi orang kuat PAS, barulah saya tahu apa persepsi orang bawahan terhadap PAS. Berbeza semasa memegang beberapa jawatan di dalam PAS, saya rasa PAS benar-benar kuat sehingga jika ditakdirkan pilihanraya berlaku bila-bila masa pun, PAS boleh menang.

Manakan tidak; sekejap usrah, sekejap tamrin, sekejap mesyuarat, sekejap seminar, sekejap …, sehingga terasa masa sangat suntuk. Terasa PAS begitu aktif dan banyak aktiviti. Diari sentiasa penuh dengan kerja dan temujanji.

Dimana-mana sahaja bercakap mengenai PAS. Terasa diri seperti diperhatikan orang sepanjang masa sebagai orang kuat PAS. Terasa diri amat bernilai kepada umum. Terasa seolah-olah semua orang berfikiran PAS, bersemangat PAS dan kuat PAS macam diri sendiri.

Namun, semua itu hanya untuk orang kuat PAS sahaja. Bila jadi orang biasa PAS, baru terasa, rupa-rupanya, semua aktiviti itu hanya berlegar di kalangan orang-orang PAS sahaja. Atau, lebih tepat di kalangan orang-orang kuat PAS sahaja.

Bila berada di tempat orang biasa, hidup bersama orang-orang bawah, bersama masyarakat di kampong, terasa kewujudan PAS agak jauh untuk dijangkau.

Jika orang seperti saya yang pernah jadi orang kuat PAS pernah terasa begitu, bagaimana dengan pengundi yang tinggal di ceruk kampong, yang tidak pernah jadi orang kuat PAS?

Tahukah dia apa rencana masa depan PAS, kenalkah dia pemimpin PAS, pemimpin pemuda dan muslimat PAS? Maklumkah dia apa aktiviti dan program PAS?

Jika dia punya kemudahan ICT, mungkin banyak perkara mengenai PAS diketahuinya. Jika tiada? Harakah tidak sampai ke rumahnya, di tempat tinggalnya tidak ada aktiviti PAS, pemimpin PAS tidak pernah berkunjung ke rumahnya.

Di celah-celah itu semua, JKKK Umno pula acap kali berkunjung dan bertanya khabar, menghulur bantuan dan mengambil berat. Adakah punya harapan untuk orang seperti itu mengundi PAS dalam PRU akan datang?

Umno sukar ditewaskan kerana orang kampong terhutang budi dengan mereka. Walau budi itu dicebik sahaja oleh PAS seperti budi tanah merah, simen dua tiga kampit, beras sekampit, gula sekilo, duit lima ringgit, tetapi budi itu sangat mencengkam jiwa orang yang menerimanya.

Mereka menghulur secara berterusan. Jika PAS pula hanya menghulur sewaktu hampir pilihanraya sahaja, RM50 misalnya, itu masih kecil kerana Umno menghukur sebulan RM5 tetapi selama bertahun-tahun.

Jika PAS menghantar 10 keping zing semasa hampir pilihanraya, itu juga masih kecil berbanding Umno yang menghulur sekampit beras setiap bulan selama bertahun-tahun.

Maksudnya, dakwah PAS belum benar-benar mengakar dan menguasai. Pemimpin PAS memang bijak berpidato, hebat di pentas, tetapi pidato mereka hanya di dengar oleh orang-orang kuat PAS. Yang kuat ketawa dengan lawak di pentas pun adalah orang kuat PAS juga.

Pemimpin bawahan Umno memang tidak bijak berpidato tetapi mereka bijak menawan hati pengundi. Mereka bijak berbudi, mereka bijak memikat, mereka bijak menambat. Ikatan dan tambatan mereka sangat sukar dirungkai.

Justeru, bolehkah PAS berkecil hati jika orang kampong enggan mengundi mereka?

Zolkharnain Abidin

Pakatan Rakyat Hulu Selangor.. Wake up!!

Ni lubang di Jalan Cempaka.. Berhadapan dengan perumahan teres Jalan Cempaka 1A,


Teman dah post isu jalanraya kat area Bukit Beruntung yang makin teruk hari tu..
Boleh refer kat sini..

teman dah adukan secara rasmi melalui Aduan@portal Majlis Daerah Hulu Selangor..
Tapi sampai la ni belum ada apa-apa jawapan..
Teman dah tanya kat beberapa orang ahli majlis yang berada di area Bukit Beruntung...
Pun tiada jawapan..
yang pasti jalan makin lama makin teruk!
Lubang kat jalan tu makin lama makin besor!
hati teman makin lama makin panas!
Teman kompom hati rakyat kat sini pun makin lama makin meluat!

Tak kira la siapa pun memerintah..
Pastinya berkuasa ke atas semua PBT yang ada..
Kalau isu jalan ni pun lembab..
Tak payah sembang isu lain laaaa...

Ni.. teman paparkan gambo2 lubang dan lokasinya..
Mana la tahu.. pihak-pihak berkenaan dah cari tapi tak jumpa!

Aduyaiiiii...

sunsnake 09122010
Lubang betul-betul dihadapan Balai Polis Bukit Sentosa, Jalan Cempaka


Lubang di Jalan Bukit Sentosa 1, dihadapan Pasaraya A-Smart


Lubang paling 'worst' di Jalan Bukit Sentosa 1, hadapan A-Smart jugak!
Berhampiran restoran milik ahli majlis dengornya... aduhhhh!

Pun lubang di Jalan dan lokasi yang sama , Jalan Bukit Sentosa 1..
memenuhi hampir keseluruhan jalan..
hampir tiada ruang untuk kenderaan seperti kereta untuk mengelak!


Jalan Bukit Sentosa 1 jugak!


Pun Jalan Bukit Sentosa 1... adehhh!!


Jalan Bukit Sentosa 1 jugak tapi berhadapan dengan Restoran Salam Bistro!


Jalan Bukit Sentosa 1 jugak tapi berhadapan dengan Restoran Salam Bistro!


Logik ke lubang sedalam ini dah berbulan-bulan dibiarkan tanpa ada pihak nak membaikinya?
Dah berapa banyak kenderaan rosak termasuk kemalangan penunggang motosikal!!!
Nak salahkan Kerajaan Pusat juga ke?
Lubang berhadapan Restoran Salam Bistro.. (Traffic Light)


Lagi lubang berhadapan Restoran Salam Bistro..
(Traffic Light)

Lagi lubang berhadapan Restoran Salam Bistro..
(Traffic Light)


Lubang besar giler disimpang berhampiran Kedai Buku Bookworm!
jalan Bukit Sentosa 1 jugakk!!


Lubang berhadapan dengan Restoran Salam (lama)
Jalan Bukit Sentosa 1

Lubang di persimpangan berhampiran Balai Polis Bukit Sentosa..
pun dah banyak kali berlaku kemalangan..
takkan asyik nak salahkan takdir??


Dihadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, Jalan Cempaka..
Aduhhhh!!!

Wednesday, December 8, 2010

MCA lagi Harbi Daripada DAP!

Nak tikam sapa tu Bro? Tikam Soi Lek ke? Wakakaka!


Perghhh!!!
Teman tak sangka sungguh!!!
MCA ni dah berpuluh tahun duk dalam Barisan Nasional!!
Sejak zaman PERIKATAN lagi!!
Sejak zaman Cap Kapal Layar lagi!
Malangnya.. dah 53 tahun duk berkawan dengan UMNO!
Sikit abuk pun tak faham lagi pasal Ketuanan Melayu!
Pasal Islam lagi jauhhh lahhh!!!

So, apa komen PERKASA neh?
apa komen PEKIDA neh??
apa komen Pemuda UMNO neh!!

Lawyer UMNO si Hasfarizam(Hasan Mentalon 25%)...
tak nak sumbatkan Chua Soi Lek ni ke ISA ke?!

Wakakakakaak!
Ghuyup isu DAP kafir Harbi!
MCA lagi harbi daripada segala yang harbi!

sunsnake 08122010

Hisham dakwa ramai kecewa pendirian Soi Lek di konvensyen BN

December 08, 2010

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menyinggung sejumlah pemimpin hujung minggu lalu ekoran kenyataan agar ungkapan-ungkapan tertentu antaranya “Ketuanan Melayu” dilarang daripada digunakan manakala Umno pula tidak lagi meluluskan dasar-dasar kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tertingginya.

Berita Penuh

DAP Tak Faham Islam! Cisss!!!

Aduhhh!! Zaman Firaun pun dah ada sunat ni wehh!!


Cisss!!
Kurang ajar punya DAP!!
Dah la anjur Khatan beramai-ramai!
Buat kat Masjid pulak tuh!!!

DAP ni tak tau ke Khatan ni milik orang Islam!
Milik Ketuanan Melayu!!
Cisss!!! DAP tak bersunat!
yang bersunat hanya melayu!!
Melayu ini bangsa paling mulia di dunia!!
Kalah ajaran Yahudi beb!

Dulu masuk masjid!
Ni dah anjurkan berkhatan pulak!!
Mengapa DAP ni susah sangat nak faham aaa??

Ini last warning..
Aku nak DAP ni ingat betul-betul dalam hati dia!
Khatan adalah milik mutlak Ketuanan Melayu!!

wakakakakaka!
sunsnake 08122010

DAP Anjur majlis Berkhatan..

DAP mencipta sejarah dengan menganjur dan menaja Majlis Bersunat beramai-ramai di Masjid Al Munawarasah di Taiping pada minggu ini. Langkah dan tindakan merentasi kaum ini sekaligus membuktikan tohmahan UMNO-BN bahawa DAP "anti Islam,anti Melayu" semuanya adalah fitnah dan pembohongan belaka.

Di tanahair kita, seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, hak semua kaum dan masyarakat berbilang budaya perlu diberi pengiktirafan dan penghormatan yang adil dan saksama supaya memupuk budaya politik baru yang menentang perkauman - Say No To Racism, this is the time now!


Berita Penuh