Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 4, 2010

Syabas BN, Tahniah SPR? Takziah PAS?


Akhirnya terjawab sudah segala persoalan mengenai dua PRK ini..

Batu Sapi menepati ramalan mungkin 98% rakyat Malaysia yang BN akan menang..
Lagi 2% tu milik calon PKR dan calon SAPP!

Galas?.. Akhirnya beban mejadi ADUN di Galas milik calon UMNO-BN..
Setelah berhempas pulas menggunakan segala jentera Kerajaan Malaysia yang ada..
Segala media yang ada terutamanya TV..
Menggunakan segala kementerian yang ada untuk meluluskan pelbagai projek segera.

Akhirnya kemenangan yang diidam menjadi milik UMNO-BN..

Tahniah UMNO.. Tahniah BN... Tahniah Kerajaan Malaysia!

Terbukti Ku Li bukan sebarangan orang!
Aura persis aura Mawi AF..
Bezanya? Aura Mawi dan terhapus.. namun aura Ku Li semakin mekar dan mengharum!
Akhirnya Ku Li berjaya membuktikan bahawa dia benar-benar 'Gurkha' UMNO yang sangat setia!

Apa pula PAS selepas ini?

Seperti biasa.. perjuangan tetap akan diteruskan..
Kerja-kerja dakwah dalam perjuangan Islam ini WAJIB diteruskan..
Kerana yakinlah..
"Kita tidak akan disoal di'sana' kelak adakah kita telah menang berjuang untuk Islam? tetapi kita akan ditanya adakah kita pernah berjuang untuk Islam di dunia dulu?"

Terima Kasih yang tak terhingga kepada 4134 pengundi yang sudi memberikan undi kepada PAS walaupun Galas adalah kubu kuat UMNO!
Kepada 5324 lagi pengundi yang sudi memberikan undi kepada UMNO, semoga Allah SWT mengurniakan keberanian kepada kamu untuk menolak kezaliman UMNO di pilihanraya yang akan datang!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

sunsnake 04112010

PAS ucap terima kasih pada petugas Pakatan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada para petugas Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara yang membantu di dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menerima kekalahan calon PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi.

“Kita akui ada kelemahan dan kita sedia baiki kelemahan dan kesilapan,” ujarnya di laman twitter.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada BN yang memenangi kedua-dua PRK itu.

“Bolehlah buat pilihan raya awal untuk dapat mandat baru,” ujarnya.

Mahfuz seterusnya menggesa para petugas Pakatan Rakyat supaya meneruskan perjuangan.

"Jadikan kekalahan Batu Sapi dan Galas seperti di Ijok dan bangkit semula pada pilihan raya 2008 dengan syarat perbaiki kelemahan dan perbetul kesilapan kita," ujarnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan PKR di dalam kedua-dua PRK tersebut.

“Tahniah rakyat,” ujarnya.


Berita Penuh

Galas - Imbas Kembali Tok Guru Kena Maki!

Wednesday, November 3, 2010

Kempen BN Untungkan PR?

UMNO kempen sampai rentung!!!


Teman tiba di opis lewat hari ni..
Ada masalah sikit malam tadi so pagi ni boss bagi masuk keje lewat skit

Macam biasa.. teman lepak kantin dulu..
Time rehat beb!10.30pagi!

Sambil minum-minum bersembang dengan kawan-kawan..
"apa cerita Galas bang? teruk betul Nik Aziz kena hentam!"

teman tak sure dari siapa suara tu..
Laaa.. dari mamat sorang ni rupanya...
Member teman sorang ni jarang sangat sembang pasal politik..
tak pernah pun!

"Aikk?? apsal tetiba sembang politik lak nih?? tak pernah-pernah?"
soal teman buat-buat terkejut..

"Teruk sangat bang.. Kot ye pun nak kempen.. jangan lah sampai hentam Nik Aziz tu.. orang alim.. 1Malaysia tahu..." hujahnya..

'Nak buat cemane bro.. tv depa punya.. kita tukang bayar bulan-bulan kat Sen heng jeee.."
jawab teman sedikit mengarut!

"hehehhe.. betul gak tuh! tapi jangan risau la bang.. ramai orang dah bukak mata dengan BN ni.." serius dia jawab balik..

"termasuk ko?" soal teman sinis..

"hehehehe sikit-sikit la bang.. eh! borang daftar jadi pengundi yang abang cerita tu ada lagi? bak mai saya nak isi.." ujarnya..

"Hah! elok benor la tu.. nanti aku bagi kat ko.. ko isi dan pass balik kat aku.. setel?"
"Setelll!"..

Lepas tu teman masuk opis..
sempat senyum kat member opis yang perempuan ni..
dok depan meja teman..

"Ko tengok berita malam tadi tak?" tetiba dia tanya teman..

"tengok.. aphal?" soal teman balik..

"Heran gak aku.. UMNO kata Nik Aziz bagi rasuah kat orang asli.." serius dia cakap..

"Nak buat cemane.. TV dia punya... kita bayar bulan-bulan kat Sen Heng dan astro jeee"
teman ulang lawak bodoh teman..

"Aku tak minat sangat politik ni macam ko.. tapi aku amik gak tahu skit-skit.. pada aku kalau UMNO tuduh orang lain, maybe aku leh fikir-fikir balik.. ini UMNO tuduh Nik Aziz! 100% aku takkan percaya!!!" agak marah hujah member opis teman nih!

"Huh! lagi semangat dari aku nampak?" sindir teman..

"Pada aku.. UMNO ni dah terlebih masak kempen ni.. bukan orang makin suka.. makin menyampah!.. " makin serius dia!

"Baguslah kalau ko dah nampak... InsyaAllah.. Allah akan bersama-sama orang-orang yang teraniaya termasuk la kita rakyat Malaysia nih!" ujar teman sambil tersenyum..

"Alhamdulillah..." bisik teman dalam hati..
sunsnake 03112010

Rasuah-Pengerusi SPR Akui Takde Tel*r?

Patutlaa... Tengok la mikrofon depan balaci nih!!


Hampas!
Itu aje yang teman boleh klasifikasikan pada SPR kali ni..
Inilah kemuncak kepada segala tuduhan bahawa sememangnya benar SPR adalah balaci merangkap pencacai mengangkat najis kepada UMNO.

Dengan bersahaja tetapi penuh keyakinan, Pengerusi SPR ini mengaku kalah kepada gejala rasuah wang ini terutama apabila dengan jelas bukti bahawa UMNO memberikan duit 'tanpa sebab' kepada pengundi-pengundi Galas!

Wah!
Begitu mudah dan lunaknya seorang yang berjawatan setinggi Pengerusi SPR Malaysia ini menyerah kalah? Kalau begitu, adalah lebih baik dia meletakkan jawatannya dan bertugas sebagai operator kilang sahaja! Malahan operator kilang lebih mulia kerana tidak pernah membazirkan wang rakyat sepertimana Pengerusi SPR ini yang dibayar gaji dan elaun tinggi semata-mata untuk berkata 'tidak mampu' kepada rakyat!

Lupakah kamu duhai Pengerusi SPR, didalam isu sangat rumit seperti kes Dun Perak pun kamu masih mampu menjatuhkan hukuman dengan menolak surat perletakan jawatan 2 Adun Katak iaitu Jamal Behrang dan Osman Changkat Jering yang jelas tetapi dalam kes rasuah pilihanraya ini kamu mengangkat kedua-dua tangan kamu sepertimana komunis mengangkat tangan meletakkan senjata! Dimanakah integriti dan maruah kamu sebagai Pengerusi SPR?

Kamu sering berlagak dengan kuasa yang kamu ada walaupun hakikatnya kuasa mengarah diadakan sesuatu pilihanraya adalah kuasa Speaker Parlimen/Dun.
Kemu sering berlagak mengetahui segala-galanya tentang proses pilihanraya tetapi kamu mengakui sangat bodoh dalam kes rasuah pilihanraya ini?

Maka dengan segala hormatnya, adalah lebih baik kamu meletakkan jawatan kamu sebagai Pengerusi SPR kerana kini kamu kelihatan benar-benar bodoh dan tuli kerana gagal menjamin akan keadilan didalam proses pilihanraya di Malaysia!

sunsnake 03112010

SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan. “Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan.

Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.
Berita Penuh

Lagi Bukti PAS Khianat Melayu!


Cheiisss!!
Nik Aziz ni tak sudah-sudah khianat kepada melayu!
Hari tu bagi kebenaran cina DAP petik ayat Quran!
Ni pulak Islamkan Orang asal!!

Bila dah jadi Islam, maknanya..
orang asal itu dah layak menerima wang zakat!
Sebagai asnaf!

Rugi la duit zakat orang melayu!!!

-luahan pejuang melayu UMNO

wakakakakak!

Kenapa la makcik pakcik Felda tak nampak-nampak lagi!
Kenapa la makcik pakcik Kg Balun tak nampak-nampak lagi!!!

sunsnake 03112010

Tok Guru Islamkan 3 Orang Asal

GUA MUSANG, 2 Nov: "Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah," demikian kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam.


Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.


Berita Penuh

Pemuda UMNO Akan Berdemo di Depan White House?



Hah!!
Tunggu apa lagi Ketua Pemuda UMNO??
Tunggu apa lagi KJ?
Tunggu apa lagi Ketua Wira PERKASA?
Tunggu apa lagi Armand?
Tunggu apa lagi Reezal Merican?
Tunggu apa lagi Exco-exco pemuda UMNO Malaysia?

Kapal terbang harapnya telah tersedia...
Bas pun harapnya telah tersedia..

Hanya menanti gerombolan kalian untuk ke Washington DC!!
Untuk apa??
Demo laaaa!!! Demo depan White House!!
Demo bantah Setiausaha Negara Amerika Syarikat tu yang cuba mencampuri urusan kehakiman negara yang kita cintai ini!!

Ini bermakna Hillary Clinton adalah pengkhianat!!
Pengkhianat kepada Agama, Bangsa Dan Negara bro!!
mana boleh jadi!!

Kalau perlu..
siapkan angkatan tentera pemuda UMNO..
Kumpulkan segala hulubalang PERKASA..
Alaahhh.. kasi RM50 sorang...
kompom depa mau punya!!
Pergi berdemo di US beb!!

Bawak pergi Genting Highland hari jumaat pun pemuda UMNO sanggup!
Ini pulak gi Amerika!! huihhh!!! kompom sanggup tinggal anak bini di Malaysia!!

Apa lagi?? ke takde tel*r??

wakakakakaka!

sunsnake 03112010

Selepas jumpa Clinton, M'sia ikrar keadilan bagi Anwar
Nov 2, 10 6:53pm

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

"Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil,” kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.
Berita Penuh

Pemuda BN bantah campur tangan MP Australia
Feb 17, 10 7:53pm

Pemuda BN hari ini menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan 50 ahli parlimen Australia didakwanya cuba campur tangan dalam hal ehwal sistem kehakiman negara ini. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, memorandum itu menuntut agar pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar negeri parlimen Australia, Michael Danby menarik balik surat yang dihantar oleh 50 ahli parlimen negara itu kepada pesuruhjaya tinggi Malaysia di Australia serta menuntut permohonan maaf Danby bagi pihak mereka.

Khairy yang juga ketua Pemuda Umno berkata, memorandum itu juga menggesa Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menyatakan dengan jelas pendirian kerajaan Australia tidak sama dengan pendirian 50 ahli parlimen negara itu. "Malaysia adalah negara yang berdaulat.

Dengan adanya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, kita tidak terima langsung apa saja usaha, apa saja tindakan yang kita anggap sebagai campur tangan pihak Australia, luar negara dan asing dalam hal ehwal negara kita," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia Penny Williams di ibunegara hari ini.

Berita Penuh