Thursday, March 8, 2012
Strategi Terbaik DS Najib!!! Cayalahhh!
Teringat suatu kisah...
Didalam sebuah kampung... Ada sorang Tok Bomoh nie.....
Biznes perbomohan dia makin slow...
Graf pendapatan makin down..
so, dia pun guna teknik 'hantar dan rawat'!
Dia hantar la jin peliharaan dia ganggu orang-orang kampung!
kejap karang ada budak kecik menangis malam..
kejap karang ada yang demam tak kebah-kebah!
kejap karang ada yang muntah hijau..
kejap karang ada yang kena 'lintasan'..
so, semua kes-kes tadi di'refer' oleh keluarga pesakit ke bomoh nie..
So, dengan mudah dan 'handal' bomoh ni tadi berjaya merawat..
dengan izin Allah SWT, sihat segar bugarlah kesemua pesakit itu tadi..
Setiap pesakit pastinya akan membayar wang 'pengeras' kepada bomoh!
Masyukkkk!!
Bukan sahaja graf pendapatan bomoh ni naik mendadak,
malahan nama dia pun jadi gah seantero kawasan!
2 dalam 1 wehhh!!
sama macam kes SBPA ni jugak lah!
Sendiri mau buat orang susah! sendiri konon jadi wira setelkan!
phuiiii!
kena tipu lagi penjawat awam!!!
Jangan ada yang sampai cium gambo Najib kat opis kerajaan tu udahlahh!
Sebagai tanda terima kasih katanya!
wakakakaa!
budakbalun 08032012
Skim SBPA dimansuh, pelarasan gaji 7 - 13 peratus
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini dimansuhkan.
Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.
"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.-mkini
1Malaysia Percaya Muhyiddin! Percayalaaa!
Phuii!!
Dah lama dah teman tak meludah dalam blog nie...
Dan bukan mudah nak menang kes rampasan kuasa di Perak..
Dan bukan murah nilai 'kejayaan' tu..
Takkan 'hadiah'nya dapat 2-3 keping AP kot?
Takkan 'hadiah'nya dapat permit menjaja daripada DBKL kot?
Takkan 'hadiah'nya dapat kontrak repair longkang kot?
Hambik ko dia punya 'hadiah'!!!!!
1Malaysia!! Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan!!!
sempoi gak lawyer leh ada company yang jauhhhhh daripada bidang dia..
ehem..ehem... saling kait mengait tu derrr!
budakbalun 08032012
Muhyiddin: Projek lebuhraya RM2.2b diberi atas merit
Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan dan Zabima Engineering Sdn Bhd.
Penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun adalah seorang pengarah dalam kedua-dua syarikat berkenaan.
"Ia berdasarkan penilaian yang sewajarnya berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh syarikat itu kepada kerajaan," kata Muhyiddin ketika ditanya wartawan.
Baling Selipar Talak Untung Maaa!
Simpati teman pada Imam yang kena penjara sebab baling selipar kat hakim (walaupun tak kena!)
Ironinya... hukumannya sama pulak macam kena kat Khir Toyo atas kesalahan rasuah!
Rasuah juta-juta = baling selipar ke hakim?
Baiklah kena hukum sebab rasuah juta-juta!
Masuk penjara setahun lepas tu keluar dah jadi jutawan!
anak bini yang tinggal di luar penjara pun makan tak habis!
Yang kena penjara sebab baling selipar nie?
Keluar sok silap-silap laaagi melarat!
Anak bini yang ditinggal entahlah... apa lah nasib!
moga Allah SWT bantu...
budakbalun 08032012
Imam baling selipar dipenjara setahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang penjawat awam, Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan lelaki itu membaling selipar ke arah panel hakim.
Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin (kanan) ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.
Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.-mkini
Wednesday, March 7, 2012
Bunuh Aje lahhh.. Jangan Tanya sebab apa!
Adehhhhh!!
Satu lagi projek Kerajaan barisan dot dot dot!
Bunuh tanpa sebab.....
Rasa macam nak bunuh orang... pergi la bunuh!
Rasa macam nak letupkan orang.. pergi la letup!
Besok-besok kalau duit banyak..
Upah aje orang gi bunuh sesiapa saja!
Yang kena hukum si pembunuh upahan tu..
Yang membayar upah tak kena hukum..
sebab apa?
Sebab tak penting maaaaa!
aduhhhh!!
Macam mana nak hidup kat Malaysia nehhh??
budakbalun 07032012
Penghakiman Altantuya: Motif bunuh tak penting
Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.
Tuesday, March 6, 2012
Hiduplah UMNO di Zaman Hang Tuah....

Ntah ada ntah idak la Hang Tuah nie..
Kata Prof Khoo Kay Kim takde..
Tapi takde pulak teman dengor ada mana-mana pakar sejarah yang bidas balik..
Yang ye nye..
Zaman-zaman Hang Tuah ni..
Jarang ada yang nak berhujah fakta..
Tak puas hati.. berparang berkeris aje!
Maklumlah..
Zaman tu bukan ada internet pun..
Sekolah pun takde!
Ilmu yang diiktiraf hanya ilmu persilatan sahaja..
Ilmu kewangan pun gitu-gitu aje..
bukan ada mikro dan makro ekonomi!
Keluk dan lajur jauh sekali laaaaaa..
Logik akal lah sikit-sikit bergaduh.. sikit-sikit bersilat!
Siapa paling handal bersilat.. dialah pemimpinnya!
Mungkin UMNO ni dah tak sesuai dengan zaman moden nieh!
Molek benor kalau mangkuk-mangkuk UMNO yang sibuk nak bergaduh ni dihantar ke pulau..
Pulau yang terasing dengan kehidupan moden!
Pulau yang semuanya bertengkolok.. berbaju melayu lama..
bercindai di bahu... tak pakai kasut..
kalau ada pun selipar kain...
berkeris dan bertombak.. berparang..
makan sireh dan pisang salai..
adehhhh!!
budakbalun 06032012
PKR dakwa ceramah diugut 'mandi darah'
PKR mendakwa pihaknya terpaksa menangguhkan ceramah pada bulan lalu di Rembau kepada hari ini selepas sekumpulan lelaki bersenjatakan parang mengugut untuk 'mandi darah' semasa persiapannya.
Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, dalam insiden pada 6 Februari lalu, berlaku kekecohan sehingga mengundang kedatangan polis ke tempat itu di Pekan Kuala Sawah.
"Selepas bercakap dengan ketua penyerang, anggota polis terus beredar. Kemudian PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana dia ketua kampung yang dilantik menteri besar Negeri Sembilan.
"Serangan bukan sahaja bersifat bersenjata tetapi juga bersifat perkauman apabila ketua kampung itu mencarut dan memaki hamun petugas berbangsa India yang ada bersama dan mengugut untuk 'mandi darah'," dakwa Badrul dalam blognya.-Mkini
Rakyat Didahulukan? Hancurrrr!

Apa lagi agaknya bukti yang diperlukan oleh golongan atas pagar di Malaysia ini?
Ini adalah antara asbab dan bukti terbesar betapa perlunya Malaysia di'selamat'kan daripada golongan ahli politik yang masih lagi berfantasi dengan kuasa yang mereka ada!
Membezakan parti politik yang memerintah dengan kerajaan yang memerintah pun masih tak tahu!
Hasil mahsul negara ini bukan milik parti politik!
Jikalau ianya datang daripada parti politik tersebut.. lain lah cerita..
Ringkasnya..
Setiap orang rakyat yang wajib membayar cukai akan membayar cukai tanpa mengira fahaman politik mereka!
Duit cukai itu wajib diagihkan mengikut keperluan kepada semua rakyat juga tanpa mengira fahaman politik!
Aduhhhhh!! macam mana lah boleh jadi menteri??
Sekarang la pulak timbul isu OKU tu tak layak?
Dulu-dulu layak pulak??
budakbalun 06032012
Mong: Hentikan bantuan OKU pembangkang adalah betul
Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang mempertahankan tindakannya mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menghentikan bantuan kebajikan kepada pekebun kurang upaya, Frusis Lebi.
Beliau ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun semalam berkata sebagai seorang pemimpin yang prinsip, tidak akan menarik balik apa yang diarahkannya itu.
"Kita tidak boleh terus memberi bantuan kebajikan dan subsidi kerana beliau adalah seorang penyokong pembangkang yang tegar.
-mkini
Subscribe to:
Posts (Atom)


