Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 8, 2012

1Malaysia Percaya Muhyiddin! Percayalaaa!

Percayalaahhhhhhhhh!!


Phuii!!
Dah lama dah teman tak meludah dalam blog nie...

Dan bukan mudah nak menang kes rampasan kuasa di Perak..
Dan bukan murah nilai 'kejayaan' tu..

Takkan 'hadiah'nya dapat 2-3 keping AP kot?
Takkan 'hadiah'nya dapat permit menjaja daripada DBKL kot?
Takkan 'hadiah'nya dapat kontrak repair longkang kot?

Hambik ko dia punya 'hadiah'!!!!!

1Malaysia!! Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan!!!

sempoi gak lawyer leh ada company yang jauhhhhh daripada bidang dia..
ehem..ehem... saling kait mengait tu derrr!

budakbalun 08032012

Muhyiddin: Projek lebuhraya RM2.2b diberi atas merit

Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

Penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun adalah seorang pengarah dalam kedua-dua syarikat berkenaan.

"Ia berdasarkan penilaian yang sewajarnya berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh syarikat itu kepada kerajaan," kata Muhyiddin ketika ditanya wartawan.

Sebelum ini, penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek itu dan dipercayai projek Lebuhraya Kinrara-Damansara itu adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.-mkini

0 comments: