hiasan... heh heh heh
hehehehe..
Berita ahli PAS masuk UMNO ni sebenarnya dah jemu dah..
Cumanya mungkin 'nilai' nya sahaja berbeza-beza..
Kalau keluar PAS masuk UMNO dekat-dekat nak pilihanraya umum..
Tinggilah nilainya... Masyukkkk!
Kalau keluar PAS masuk UMNO bukan di musim pilihanraya..
silap-silap hanya dapat masuk paper sahaja..
tak masyukkkk!
Tapi paling untung kalau keluar PAS masuk UMNO di masa kempen PRK!
Perghhh!! memang klass kau jijah!
Tapi yang ni..
Keluar UMNO... Masuk PAS... Keluar PAS...
Alasan? Pemecatan Hasan Ali!
wakakakkaa!
Woi! Hasan Ali pun ntah kenal ntah idak dengan depa!
Woi! Hasan Ali pun tak masuk UMNO lagi, kononnya penyokong Hasan Ali dah siap-siap masuk UMNO? adehhhhh!!!
aduhhhh!!
Masuk PAS sebab Pakatan Rakyat dapat Selangor..
Ingatkan dapat la projek!
Akhirnya blah sebab tak masyukkk duk dalam PAS rupanya!
Rakyat Malaysia!
Inilah antara bukti masuk PAS tak masyukkk!
Masuk UMNO la woii!!
Dapat masyukkk cuci taik lembu-lembu feedlot pun jadilaaaa!
budakbalun 18012012
Gombak, 17 Jan: Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir (
gambar) menafikan dakwaan kononnya 101 orang ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, telah keluar PAS dengan menyertai umno.
Apa yang berlaku, 37 memohon menyertai PAS menjelang PRU ke 12 pada 2008 lalu dan 20 dari mereka memohon masuk Umno sebulan lalu.
Kemasukan mereka dalam Umno kononnya disebabkan berlakunya pemecatan AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka dalam Umno akibat kekecewaan apabila Ahli Dewan Undanagn Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali di pecat daripada PAS baru-baru ini," katanya.
Jelasnya, ketika PRU12 yang lalu, PAS Gombak telah menerima 37 borang permohonan keahlian PAS daripada cawangan tersebut.
Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung kerdas dua baru-baru ini.
Beliau berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno. Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno melalui penyemakan yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak.-Harakahdaily