Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, January 18, 2012

BudakBalun Setuju Institut Wasatiyah!

no komen! wakakakaka!

budakbalun 18012012

Institut Wasatiyah ditubuh

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Penubuhan Institut Wasatiyah yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merupakan salah satu inisiatif terbaru kerajaan mempromosikan gerakan kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan.

Selain institut itu yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Najib turut mengumumkan penubuhan Kursi Wasatiyah di Universiti Malaya (UM) serta Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global.

"Penubuhan Institut Wasatiyah itu nanti akan berperanan memberi tumpuan terhadap aspek kesederhanaan dan keseimbangan menerusi rasa hormat terhadap demokrasi, peraturan dan undang-undang, pendidikan, maruah dan harga diri seseorang serta keadilan sosial," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini hari ini.-Utusang

0 comments: