Mungkin layak sangat kalau teman kilaskan seperti budak paling bangang di sekolah mempertikai tahap akademik Guru Pakar Fizik Sekolah!Saturday, September 10, 2011
YB Batang Kali.... Ukur Baju Sendiri Dulu wehh!
Mungkin layak sangat kalau teman kilaskan seperti budak paling bangang di sekolah mempertikai tahap akademik Guru Pakar Fizik Sekolah!Thursday, September 8, 2011
Serbu Gereja - Dah Terang Lagi Bersuluh laaa..
Media menghalakan seluruh flash dan lensanya ke batang tubuh Dr Hassan Ali dan seterusnya menarik sama PAS dalam isu ini!
Tidak ada usaha yang serius untuk bertanyakan direct kepada JAIS dan Pengerusinya sendiri!
Terfikir teman ini adakah 'setting up' yang cuba membuat kekacauan dan isu agama?
Biasalaaa.. siapa lagi yang suka guna isu agama dan kaum untuk tarik sokongan orang?
hehehehe
sendiri mau ingat laaaa!
budakbalun 08092011
Khalid: Pengerusi Mais belakangi MB, reaksi cetus banyak soalan
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Khalid Samad berkata reaksi Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa mengenai satu pertemuan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menimbulkan banyak persoalan termasuk sama ada agensi itu telah bertindak membelakangi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
“(Sekarang) Pengerusi Mais sudah memberi penjelasan, mengakui bahawa memang ada satu pertemuan. Jadi, sekarang ia menimbulkan banyak soalan . . . sama ada ia satu pertemuan rasmi atau tidak rasmi, apakah ia membelakangkan Menteri Besar sebagai ketua pentadbiran kerajaan negeri,” kata Ahli Parlimen Shah Alam ini kepada The Malaysian Insider.
Dakwat Hitam - Awas! Awas! Jaga-jaga!

Hmmmm.. buat kesekian kalinya..
Teringat peristiwa 'Dakwat diharamkan' last minute oleh SPR yang bekerjasama dengan Polis beberapa hari sebelum PRU 2008 dahulu..
Bukan main berjanji.. siap kata dah beli dakwat dari India rasanya..
berjuta jugak kos beli tuh!
Akhirnya.. 1malaysia kena kencing!
so, untuk kali ni kalau betul kena ada agreement ke ape ke..
untuk elak 'Banana fruit 2 times!"
wakakkaa!
budakbalun 08092011
Laporan: Kabinet setuju guna dakwat kekal
Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu. Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.
Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda. - Mkini
Monday, September 5, 2011
Apalah Yang Teruk Benor UMNO Kelantan neh?
Wakakakak!
Maafkan teman tergelak sebab sangat-sangat pelik dengan berita nie..
Seingat teman masa belajo dulu dan dok asrama dari form 1 sampai la SPM..
Pernah jugak kami bertakbir raya di surau asrama sebab hari raya ke-3 Aidiladha dah kena balik ke asrama..
Oklah.. Alhamdulillah.. kami yang duk sekolah pun tahu hari-hari yang Afdhal dan sunat bertakbir..
yang ni.. dah tua kutuk.. mengaku pejuang Islam Melayu Tulen ni apahal??
hahahha..
buat kena gelak dengan budak-budak Unit Amal je...
agak-agak la kalau nak tunjuk Islamic punnnn!!
Apa pun tak boleh UMNO nehh!
budakbalun 05092011
Laungan takbir raya 3 Syawal di rumah Ketua Umno
|
|
JELI, 4 Sept: Umat Islam di negara ini sedia maklum laungan takbir Hari Raya Aidilfitri hanya sunat dikumandangkan sebelum solat sunat Aidilfitri diadakan. Berlainan dengan dengan Hari Raya Aidiladha di mana takbir raya boleh dialunkan sehingga empat hari termasuk hari-hari tasyrik. Namun lain pula yang berlaku di rumah terbuka Ketua Umno Jeli, Datuk Mustapa Mohamad pada 3 Syawal lalu apabila laungan takbir dikumandangkan pada hari raya ketiga. Seorang penduduk mendakwa pemimpin Umno terbabit bersama anggota jawatankuasanya bertakbir beramai-ramai pada program hari terbuka yang diadakan di Darul Falah. “Saya pun hairan mengapa pula bertakbir raya pada 3 Syawal, sedangkan setahu saya takbir Hari Raya Aidilfitri hanya disunatkan sebelum solat sunat Aidilfitri. “Namun lain pula yang berlaku di kediaman Datuk Mustapa apabila mereka bertakbir Hari Raya pada 3 Syawal. Sekali ingat hendak gelak juga,” katanya yang enggan dikenali.- Harakahdaily
|
UMNO Setuju Debat?? Wakakakakak!
Harap-harap kali ni jadi la yek?
Sebab dah selalu sangat puak-puak 'pejuang melayu' ni last minute batalkan debat..
Dah selalu sangat dah!!
Baik dari peringkat Pemuda Bahagian sampailah ke Pemuda Pusat!
Baik dari UMNO Bahagian sampailah ke UMNO Pusat!
Anwar ajak Najib.. level Presiden... pun Najib tak nak!
Alasan? Takut Anwar kalah debat! wakakaka!
Haaa.. ni yang kali ni tak tau apa pulak alasan KJ ni nak bagi nanti..
sama-sama la kita tunggu...
budakbalun 05092011
Mat Indera: Pemuda PAS jemput Khairy debat
| KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Pergerakan Pemuda Umno berhubung sejarah tragedi Bukit Kepong yang menjadi kontroversi ketika ini.
|
Apabila Pencacai UMNO Berhujah Utusan...
Teman selalunya senyum sinis bila membaca komen-komen juak-juak UMNO yang kebanyakkannya memberikan komen 100% berhujahkan apa yang disiar oleh Utusan,RTM dan TV3..
Lohh.. kalau begitu hujahnya..
Anak teman yang darjah 3 tu pun boleh maaaa!
Nak berhujah buka-buka la buku-buku sejarah dulu..
Atau malas pun.. bukak-bukaklah website sejarah ataupun yang berkaitan..
Ini kalau website hiburan..
cerita artis bercinta.. artis bertunang.. artis berkahwin... artis bercerai bukan main update!
Lepas tu dalam isu-isu sejarah pun juak-juak pencacai UMNO ni sibuk jugak nak bagi pendapat!
Adehhh!!
budakbalun 05092011
Umno gali kuburnya sendiri - Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan Umno menggali kubur mereka sendiri apabila mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.
Beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.-Harakahdaily
