Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan yang kian ditinggalkan....

Ramadhan dah hampir ke hujungnya..

Bagi pencinta Allah..
Inilah saat-saat yang paling tidak disukai..
Mahu tidak mahu terpaksa meninggalkan Ramadhan yang terlalu hebat!
Terpaksa meninggalkan bulan yang menyingkap rahsia kecintaan makhluk terhadap Tuhannya..
Bulan yang menyaringkan antara ikhlas dan kepalsuan..
Bulan yang memisahkan antara munafik dan keimanan!

Bagi pencinta dunia...
Inilah saat-saat yang tidak sabar-sabar dinantikanya!
Tidak sabar-sabar mahu bertemu 1 Syawal yang kononnya bahgia!
Walhal dirinya terseksa menanggung derita..
Dek kena berpuasa dan menahan segalanya!
Dek kena bertaraweh dan berqiam bagainya!

Selamat tinggal Ramadhan 1432...
Bertemukah aku dengan Ramadhan 1433 kelak??


budakbalun 24082011

Friday, August 19, 2011

Pemuda PAS - Pihak Berkuasa Agama Perlu Tegas!

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

PIHAK BERKUASA AGAMA PERLU TEGAS

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) meminta Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri terutamanya Negeri Selangor mengambil tindakan yang tegas mengikut enakmen dan undang –undang sedia ada berkenaan dengan penyebaran agama lain kepada orang Islam supaya polemik berkenaan usaha memurtadkan orang-orang Islam dapat dibendung. Mutakhir ini di dalam media massa, cetak dan elektronik, telah dibongkarkan ada seorang guru tuisyen di Jalan Kuchai Lama mengajar muridnya beragama Islam, menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa. pusat tuisyen dan sekolah di sekitar Lembah Kelang yang telah mengajar murid-murid Islam Tahun 1 tentang perkara-perkara yang membabitkan agama Kristian. Dilaporkan juga, murid yang belajar secara percuma daripada sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu, telah diajar menyanyikan lagu “Yes, I know Jesus loves me” dan ‘Hari ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan, mampu bercerita kisah Nabi Isa, termasuk Nabi Isa disalib dan diterapkan ajaran Kristian secara halus ketika belajar. Pihak Berkuasa Agama perlu bertindak proaktif untuk membuat siasatan terhadap segala pendedahan telah di buat. Sekiranya terbukti kebenaran daripada siasatan tersebut maka pihak Berkuasa Agama perlu mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang sedia ada.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat sekiranya pihak Berkuasa Agama tidak mengambil langkah segera untuk menyiasat mengambil tindakan, maka isu ini akan terus berlarutan dan berkemungkinan ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk melakukan fitnah dan mehnah sehingga merosakkan keharmonian prinsip kebebasan beragama di dalam Negara ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya bahawa pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri terutamanya di Selangor akan dapat melaksanakan tugasan mereka secara profesional dan adil untuk mempastikan kesucian Agama Islam dan ummat Islam dilindungi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mempertegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha dan agenda untuk memurtadkan orang-orang Islam. Pemuda PAS komited untuk membantu dan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak-pihak Berkuasa Agama untuk melakukan pemantauan, penangkapan, memberikan kaunseling atau apa jua bentuk bantuan yang diperlukan sekiranya ada kes atau isu yang berkaitan dengan usaha untuk memurtadkan orang-orang Islam. Semoga segala usaha dan kerja buat untuk menjaga Agama Allah ini akan mendapat keredahaan dan perlindungan Allah Taala.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

19 Ogos 2011

Polis Oh Polis.. Mengapa Lembab Sangat?


Kalau bab nak tangkap pemimpin Pakatan Rakyat,
ngalahkan roket dia punya cepat!

Belum Najib Tun Razak berdehem dulu..
Ketua Polis Negara dah berbunyik dulu!
Dan seperti biasa..
Ibarat Burung kakak Tua..
kena la ulang apa yang Tuannya sebut!
Ngalahkan Ketua UMNO Bahagian dah kadang-kadang komen Ketua-ketua Polisi neh!

Moga Polis bertindak lebih pantas dalam kes-kes yang macam ni..
wehh!! Satu KL Polis boleh tutup maaa..
Takkan kes macam ni Polis jadi siput kot???
adehhh!!!
budakbalun 19082011

Mangsa: Harapan saya, orang simbah asid dikenakan hukuman berat

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Selain mahu kembali normal seperti sediakala, mangsa disimbah asid mahu pihak berkuasa segera menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ke atas nasib dialaminya dan dikenakan hukuman berat.

Mohd Rafie Abdul Latiff (gambar), 27, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera.

“Saya tiada harapan apa-apa, apa yang saya mahukan orang yang lakukan perkara ini kepada saya ditahan dan dikenakan tindakan yang berat.

“Tapi saya tahu undang-undang yang ada terlalu ringan, jadi saya harap undang-undang ini boleh dipinda agar hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

UMNO Nak Mati Ni Macam-macam Laaaa

Ini K Rajagopal tau! bukan RajaGopal! wakakakak!


Adehh!!
Makin jelas kekeliruan UMNO dah nak mati ni..
macam 'buang tebiat' la orang cakap..

Bila serbuan JAIS dipertikai...
UMNO terus jerit!
"Siapa pertikai JAIS sama macam pertikai Sultan sebab JAIS/MAIS bawah Sultan!"

perghhh!! bukan main serius!

Woi bangsat UMNO!
Kalau ko nak keliru.. keliru sorang-sorang!
Jangan kelirukan melayu-melayu lain!

Abiss??
yang si Zahid hamidi bapak UMNO tu pertikai arahan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang apahal??
Bukan JAIPP tu bawah Yang Dipertuan Agong?
so? pertikai JAIPP serupa macam pertikai Agong la!!

Zahid Hamidi dah selevel dengan Al-Maunah la ye tak?
menderhaka kepada YDP Agong!

aduhhhh!!
budakbalun 19082011

Pertikai tindakan Jais makna persoal kuasa Sultan, kata Mais

SHAH ALAM, 18 Ogos — Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini secara tidak langsung bermakna tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais. - MalaysianInsider




Thursday, August 18, 2011

Runtuhnya Benteng Terakhir UMNO!

Ini bukan benteng UMNO, ini stadium yang dibuat oleh kroni UMNO!

Perkauman dan Pertembungan Agama : Benteng Terakhir UMNO

oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pada 17hb Ogos 2011 pukul 8.13 pagi

Selagi boleh, saya tidak mahu menyemarakkan pertembungan politik sepanjang bulan Ramadhan. Saya kira waktu yang amat bernilai ini amat sesuai digunakan untuk berzikir, membaca al-Quran dan menghayati maknanya sesuai dengan kemuliaan Ramadhan. Namun, mengambil kira bahawa nama saya disebut berulang kali oleh media massa milik UMNO hari ini (16 Ogos 2011), saya ringankan tangan saya untuk menulis sedikit jawapan untuk tatapan masyarakat.

Saya mengira, UMNO sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara ini kerana larangan menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP. Bagi saya, tidak munasabah UMNO mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. UMNO yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang. Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’ Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?

Isu ini sebenarnya sengaja dipolitikkan sehingga menjadi polemik. Saya ingin bertanya kepada UMNO, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini? Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak. Dasar UMNO sendiri ialah kebangsaan dan sekular. Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan UMNO. Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada UMNO. Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam. Saya kira, ini sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Barangkali pihak ini ‘tidak tergamak’ untuk menggantikan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Masakan tidak, bila pula pernah UMNO berjuang untuk Islam?

Sesungguhnya Islam itu indah kerana ia diakui sendiri oleh Allah SWT sebagai rahmat. Tetapi sayangnya cara UMNO mempersembahkan Islam pada hari ini, saya lihat ia menggerunkan masyarakat bukan Islam. Apa yang tidak diajar oleh Islam, itulah yang diperbesarkan oleh UMNO. Manakala apa yang benar-benar termaktub ditidakkan. Bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan. Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Rasulullah SAW sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain. Ini disebut di dalam sebuah hadis :

اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ

Yang bermaksud : “"Pernah Nabi Muhammad SAW beriktikaf dalam masjid, lalu baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran atau solat) lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: "Ketahuilah sesungguhnya setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan, atau sabdanya: dalam solat". – Riwayat Abu Daud.

Bahkan ini pernah ditegur oleh Ibnu al-Jauzi di dalam kitabnya Talbis Iblis. Katanya :

وقد لبس إبليس على قوم من القراء فهم يقرأون القرآن في منارة المسجد بالليل بالأصوات المجتمعة المرتفعة الجزء والجزأين فيجمعون بين أذى الناس في منعهم من النوم وبين التعرض للرياء. ومنهم من يقرأ في مسجده وقت الأذان لأنه حين اجتماع الناس في المسجد.

Yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Iblis telah mengaburi terhadap satu golongan dari pembaca al-Quran di mana mereka membaca al-Quran di mimbar-mimbar masjid pada waktu malam dengan suara beramai-ramai yang kuat samada satu juzuk atau dua juzuk lalu mereka telah mengumpulkan di antara menyakiti manusia dengan menghalang mereka daripada tidur dan mendedahkan diri kepada riya’. Dan ada di antara mereka yang membaca al-Quran di masjidnya pada waktu azan kerana pada waktu itulah manusia berkumpul di masjid…” – halaman 3, kitab Talbis Iblis, cetakan pertama 1405H terbitan Darul Kitab al-Arabi, Beirut.

Tidaklah saya ingin memutlakkan pandangan Ibnu Qayyim ini agar diterima semua pihak. Tetapi sekurang-kurangnya sudah ada pandangan dari ulama terdahulu yang menegah untuk dibaca al-Quran dengan kuat di masjid kerana dibimbangi mengganggu tidur masyarakat sekitar. Jika terbukti tidak mengganggu, tidaklah menjadi halangan. Justeru, ia terpulang kepada keadaan setempat dan situasi semasa masyarakat.

Hairannya, judi yang benar-benar dilarang oleh Islam pula nampaknya tidak diendahkan pula oleh UMNO. Di Kelantan, kami disaman oleh MCA kerana menghalang premis judi daripada beroperasi dan kes ini sedang disebut di mahkamah. Saya tertanya-tanya, di mana perwira-perwira UMNO dalam isu ini? Atau tiba-tiba keris telanjang Ketuanan Melayu menjadi tumpul bila berdepan dengan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional?

Saya menyeru kepada UMNO, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam. Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi. Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi. Sayangnya, saya lihat UMNO sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa. Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana. UMNO mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara. Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam.

Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang. Jangan dibiarkan lidah berbicara sesuatu yang sudah diketahui pembohongannya kerana dibimbangi ia hanya menggandakan dosa di sisi Allah SWT kerana menodai kesucian Ramadhan. Dan biarlah ia juga boleh menjadi jawapan di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

YAB DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 16 Ramadhan 1432H / 16 Ogos 2011M

Monday, August 15, 2011

Ezam 'bakorrr" aje?


Dalam cite Hantu Mak Limah..
Bila Usop Whelcha kata 'kita bakorrr!!"
memang dia maksudkan sungguh-sungguh suruh bakor rumah mak limah!
mana ada dia maksudkan lain!

Errr..
Ezam? ape ke sengal kamu nehh!
Dah jadi macam Ibrahim Ali pulak?
wakakakaka!
budakbalun 15082011

Ezam: Saya tak maksud 'bakar' betul, tapi simbolik..


Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad. Dalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk "membakar" Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana mereka telah "membakar" hati umat Islam mengenai isu murtad. - berita penuh