Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, December 15, 2010

Parlimen Bollywood!


Selalu bila kita layan filem hindustan..
Tak kisah lah heronya shah rukh khan ke.. salman khan ke.. amitab bachan ke!
(Rosmah Mansor kompom lagi terrer nama-nama nih!)
Kita pastinya boleh baca/agak kesudahan ceritanya..
Silap-silap leh agak siapa yang akan mati, yang akan kaya, yang akan dapat kawin dalam filem tuh!

Teman memandang isu di Parlimen kita ni pun macam tu jugak laa...
Begitulah pentingnya mendapat kuasa 2/3 majoriti di parlimen!
Tanpanya.. macam makan gulai masam tanpa campur belimbing kampung!
Sedap tapi tak puas!
Macam makan Bubur durian tapi buah duriannya tak cukup!
Tak kick!

So, cara macam mana nak bagi BN dapat kick di Parlimen??
Gantung aje sudddaaahhh!!

So, usul SPR nak buat persempadanan semula Pilihanraya jadi line clear laaa..
Hujah la macam mana pun..
sampai tang keputusan.. 2/3 akan buat keputusan!!

hmmmm... inilah Malaysia!
sunsnake 15122010

Penggantungan bolehkan BN perolehi majoriti 2/3


Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari. Ia dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat. "Semalam mereka mahu menggantung ahli parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok. "Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis," katanya.

Berita Penuh

Kita Cuma Teruja! Nota Buat Pejuang Islam...


Catatan : hidup_berjuang

Life begins at 40. Ni ayat nak bagi bini kawan!!! (hmmm, bila tu?)
Tapi ingat single is simple, double is trouble!
Ingat.. ingat, usia begini adalah usia bermulanya kenabian ke atas junjungan mulia,
nabi s.a.w. Dakwah Islamiah bermula seawal umur ini.
13 tahun berantakan dengan segala mehnah dan tribulasi di Mekah sehingga menghumban satu hijrah ke Madinah.
Akhirnya hijrah yang mulia itu berlaku pada tahun 14 nubuwwah bulan????
( walaupun kita sambut maal hijrah pada bulan Muharam).
Hijrah ini adalah kata Allah bahawa Allah mengkehendaki kerja dakwah mesti bersama kuasa politik.

Itulah kami dok pulun disaat ramai orang berjauhan dengannya.
Insyaallah redha Allah keatas kami dan redha kami keatas kententuan Allah.
Buat perjuangan ini…apabila direnung atas, renung bawah, paling kanan,
paling kiri rupa2nya aku juga meniti kearah usia ini.
6 tahun dok dalam kepimpinan pemuda kawasan banyak yang boleh dikenang/ sumbang untuk dema2 yang baru ni.
Sejuk gak hati tgk muka2 baru seawal umur 20an dah mula berbicara dan bersemangat malah menjadi OKT dalam demo air dan johan pidato baru2 ni (tahniah Abu Musa walaupon ko skema tak tentu pasal).
Tgk muka Jelir, Budakbalun, Abu Musa, Matahari Petunjuk, Syukur, Along malah Janggut yang nampak istiqomah teruskan membawa obor ini ke gerbang jaya..
Aku dulu agak lambat walaupon mendapat tarbiah awal di Ehya’, lepas tu aku pi layan benda2 khayal dan motor.
Sebelum korang guna highway PLUS Utara –Selatan aku dah layan dulu h/way ni.
Trek kami dari Dataran Sg Perak sampai Nilai aku dah layan time h/way belum bukak lagi. Sumenya ada tapak brek Panther dan G- Pang aku.
Pukul abiss full throttle…hahaha.
Bila polis kejar kami lari masuk ladang getah tgh2 malam.

At least sume itu rupanya berguna jugak untuk hari muka.
Jangan rasa sume yang silap tidak boleh diperbetulkan dan sume yang asalnya betul tidak boleh silap.
Allah sentiasa membuka ruang dan peluang untuk kita semua agar hidup berbakti dan mati menjadi kenangan orang atas kebaktian itu.
Biar kita hidup rasa bersalah pada perjalanan lampau dan membetulkan kesilapan itu untuk manusia menjadi damai semuanya dengan adden ini.
Sayangi insan2 sekitar anda dengan merancang sesuatu biarpun untuk diri anda, anda akan terasa kehilangan banyak benda.
Anda terpaksa hilang masa untuk isteri, anak2, wang dan tenaga.
Itulah perjuangan dan perjuangan menuntut kepada pengorbanan hatta nyawa sentiasa menjadi pertaruhan!

Demi Allah yang maha pengasih dan penyayang,
DIA tidak akan membenarkan anda keseorangan.
Firmannya, sekiranya kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu.
Jomlah teman! Aku hampir merdeka dengan usia ini. (sbb dah cukup haul bole kawen 2) Maksud aku, aku sudah merdeka dari kegilaan.
Pemuda adalah sebahagian daripada kegilaan, kata nabi.

Nabi sendiri seawal usia 14 ~ 15 tahun sudah menyertai peperangan al Fajar antara Quraisy dan Qais.
Bukan demo ye bang tapi perang..hahaha jauh lebih terancam….haha bukan masuk lokap tapi kehilangan nyawa..perang tu geng!
Isikan kegilaan itu dengan perkara2 yang membuka minda orang ramai.
Berjuanglah cara anak muda. Anak muda tidak boleh lesu.
Anak muda bangun melawan!! (aku suka kata2 dari tukar tiub nihh).
Bacalah sirah nabi s.a.w dan tengok bahawa kita belum cukup teruji jauh sekali diuji.
Kita cuma TERUJA tengok orang lain diuji.

P/s : Setiap hari adalah Asyura, setiap tempat adalah Karbala…LA SYARKIAH, LA GHORBIYAH, WEHDAH2 ISLAMIAH
(seronok join dgn geng2 AB nii tapi tang bab perjuangan dalam reality Iran la, masuk bab waqi Malaysia, rupanya puak2 AB ni lebih Syiah dari Syiah, lebih Iran dari Iran)
Sempena 10 Muharam ni aku terkenangkan dengan gelaran imam ummah untuk almarhum IMAM KHOMEINI!!!

Tuesday, December 14, 2010

Kecoh! DAP Penang Hina Islam!


Apa perlunya Kerajaan PR Penang bagi bayaran khas ni?
Ini menghina Islam!!
Berpuluh Tahun MCA dan Gerakan dari Barisan Nasional memerintah Penang..
Tak pernah dibuatnya mereka bagi bayaran sempena Maal Hijrah ni!
Lagipun UMNO Penang pun tak pernah nasihat ataupun minta Kerajaan Gerakan/MCA masa tuh untuk buat benda-benda khianat nehh!!

Inilah bukti terbaru betapa hinanya Islam dimata Lim Guan Eng!!

Khianat punya Lim Guan Enggg!!!

Pemuda UMNO!!! PERKASA!!! PEKIDA!!!! KIMMA!!
Jom berdemo di Komtar sekarang!!!

errr.. Reezal dan Armand jangan buat-buat tak nampak lak!
Tak nak syak duit ni duit judi ke?
wakakakaka!

sunsnake 14122010

Guan Eng: Guru KAFA Pulau Pinang diberi bayaran khas Maal Hijrah

December 14, 2010

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah RM100 kepada kesemua 1,376 guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di negeri itu, yang akan dibayar minggu ini sempena perayaan Maal Hijrah.

Bayaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan itu, Lim juga menjelaskan bahawa bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.

Berita Penuh

PAS Tulang Belakang ala Utusan?


Teman faham sangat mengapa boleh ada berita macam ni keluar dalam Utusan hari ni..
Sangat lunak jika dibaca oleh penyokong mahupun mereka yang simpati pada perjuangan PAS...

Hakikatnya, utusan cuba menakutkan rakyat berbangsa cina dan india dengan berita-berita sebegini..

Hakikatnya jugak, semua orang tahu.. 1Malaysia tahu bahawa kekuatan ikatan antara 3 parti PAS, PKR dan DAP inilah sebanrnya rahsia kekuatan Pakatan Rakyat.
Disaat DAP menerima serangan dahsyat diawal kewujudan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang dahulu, PAS dan PKR turut sama bertungkus-lumus memperbaiki jentera penerangan masing-masing dalam mengatasi fitnah dan adu-domba UMNO-BN.

Begitu juga diwaktu PAS diserang dengan 'serangan dalaman' Kerajaan Perpaduan, setiakawan 3 parti ini sangat-sangat diuji dengan UMNO telah memainkan peranan yang sangat jelas dalam usaha menimbulkan bibit-bibit curiga sesama Pakatan Rakyat! Sebenarnya sejak pasca PRU12, itulah ujian paling getir buat PAS seiring dengan ketibaan Muktamar Agung pemilihan ketika itu.

Dan kemuncak ujian setiakawan PAS,DAP dan PKR adalah ketika berlakunya 'Rampasan Kudeta' UMNO-BN di Perak. Inilah antara sejarah politik negara yang tidak mungkin akan terpadam selamanya dilipatan sejarah Malaysia. Suatu peristiwa yang benar-benar mencabar dan menyerlahkan sikap sebenar UMNO-BN terhadap Kedaulatan Undang-undang. Manakan tidak? Sehingga habis segala Perlembagaan negeri Perak dilacurkan dengan pelbagai tafsiran semberono sehinggakan Mahkamah sendiri kehilangan integritinya!

Kesimpulannya, setiap parti didalam Pakatan Rakyat mempunya fungsi dan kelebihan yang sangat tersendiri. Mereka ibarat akar yang sentiasa bergantung antara satu sama lain dan kesepakatan inilah yang menjadi halangan terbesar UMNO-BN dalam mengekalkan kekuasaan (baca kezaliman) didalam pemerintahan negara.

Telah sekian lama Malaysia ini ditadbir dengan penuh rasa kebencian sesama kaum, sudah tiba masanya Malaysia ini diperintah dengan penuh toleransi, perpaduan bukan sahaja antara kaum malah antara agama yang pelbagai dan pastinya Islam akan menjadi tulang belakang didalam pemerintahan tersebut.
sunsnake 14122010

Pas tulang belakang kerajaan pakatan

KUALA TERENGGANU 13 Dis. – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yakin parti itu akan menjadi dominan selaku tulang belakang kerajaan jika pakatan pembangkang dapat memerintah negara ini kelak.

Katanya, parti itu akan berperanan sebagaimana UMNO dalam Barisan Nasional dalam mengemudikan kerajaan.

Beliau berkata, Pas akan tetap menjadi kuasa penentu kepada pembentukan kerajaan dalam corak yang diingini.

Ketika ditemui di sini hari ini, beliau yang ditanya tentang jumlah kerusi yang bakal ditandingi Pas dalam pilihan raya umum akan datang bagi menentukan kekuatannya, berkata:

‘‘Kerusi boleh ditentukan dari semasa ke semasa. Apabila kita menolak (bersama) dalam kerajaan, maka mereka tidak boleh tubuh kerajaan.

‘‘Pas sendiri memilih untuk berkawan dan Pas

sedia bersendirian jika matlamat terabai.’’

Namun tegasnya, sejak pakatan pembangkang dibentuk, parti berkenaan semakin mantap biarpun masing-masing ada matlamat dan perjuangan.

Berita Penuh

Benarkah Anwar Semakin Lemah?


Hebat sungguh aura susuk tubuh manusia yang seorang ini..
Saban hari dirinya menjadi 'ratib' dan 'zikir munajat' pemimpin UMNO dan pencacai-pencacainya.
Beleklah di Utusan,Berita Harian dan sebagainya media bercetak UMNO..
Jengoklah ke website, portal mahupun blog-blog picisan UMNO di internet..

Pastinya nama Anwar ini seolah-olah syarat WAJIB untuk memulakan apa jua bicara politik!
Pastinya nama Anwar ini menjadi kewajipan untuk dikutuk dan disendakan!

Hebat benarkah susuk tubuh bernama Anwar Ibrahim ini?

Ikut penelitian teman, nama Anwar lebih men'dominasi' di blog-blog pro-UMNO berbanding nama-nama lain pimpinan PR seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji hadi, Lim Kit Siang, Karpal Singh mahupun Lim Guan Eng!

Malahan tidak keterlaluan kalau dikatakan, wajah dan nama Anwar ini lebih mudah didapati di blog-blog pro-UMNO berbanding di blog-blog pro-PR!
Malahan lebih mudah didapati berbanding wajah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri!

Kesimpulannya, sangat benarlah teori mengatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah suatu 'fenomena ketakutan melampau' kepada UMNO! Mengapa hanya UMNO tidak BN? kerana sangat jarang kita mendengar pimpinan MCA dan MIC menyerang Anwar Ibrahim ini.
Mengapa? Wallahua'lam..

Sepatutnya, jika benar tuduhan UMNO bahawa Anwar dan PKR semakin ditinggalkan..
Jika benar gelaran yang diberikan Najib kepada PKR "Parti Keluar Ramai-ramai" itu dimaksudkan beliau, mengapa sehingga kini tiada surutnya malahan semakin hebat serangan media UMNO kepadanya?
Tidakkah segala tindakan UMNO ini sangat kontra dengan ucapan pemimpin-pemimpin mereka?

Siapa sebenarnya yang sedang takut dengan bayang-bayang?
sunsnake 14122010

Takkan terperangkap jika tiada kecenderungan

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan 'terperangkap' ke dalam tuduhan kes liwat yang kini sedang dihadapinya jika beliau tidak cenderung ke arah salah laku itu.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, bukan sembarangan orang akan terjerumus ke dalam 'perangkap' itu sekiranya tidak melakukan perbuatan di luar tabi'i tersebut.

"Takkan begitu mudah Anwar terperangkap dengan 'perangkap' yang didakwa dilakukan oleh musuh politiknya itu sekiranya beliau tidak cenderung ke arah itu (liwat)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berita Penuh

Reformis cabar Penasihat PKR kemukakan saman

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengemukakan saman terhadap mana-mana pihak di luar negara yang menuduhnya melakukan liwat.

Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, Anwar jangan hanya berani menyaman beberapa pihak dalam negara tetapi bila ia melibatkan pihak luar negara, Penasihat PKR itu hanya membiarkannya sahaja.

Beliau berkata, Anwar perlu menyahut cabaran ini kerana kegagalannya berbuat demikian akan mengesahkan lagi pembabitannya di dalam aktiviti liwat.

‘‘Bukan itu sahaja, Anwar juga boleh kita katakan sebagai seorang pemimpin pengecut. Pemimpin yang hanya berani berhadapan dengan musuh-musuhnya dalam negara. Namun apabila melibatkan pihak luar negara beliau sanggup berdiam diri.

Berita Penuh

Anwar cuba kurangkan impak WikiLeaks

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini cuba mengurangkan impak pendedahan kabel diplomatik WikiLeaks ke atas kes liwatnya selepas laman web itu mendakwa beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang pembantu kanan lelakinya.

Beliau menyifatkan ia sebagai perangkap yang disediakan musuhnya.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu AFP yang dia akan memfailkan aduan kepada mahkamah yang membicarakan kes liwat Anwar berhubung artikel dalam media tempatan yang mungkin mempengaruhi perbicaraan kes itu yang masih berjalan.

Kebanyakan akhbar menyiarkan dakwaan WikiLeaks itu di muka depan masing-masing dengan akhbar harian berpengaruh, Utusan Malaysia menggunakan tajuk: "Agensi perisikan Singapura sahkan aktiviti liwat berdasarkan bukti risikan klinikal'.

Berita Penuh


Imbas kembali! TV Malaysia 80an... Legend!

Dok surfing malam tadi..
terjumpa lak video2 clip ni kat Youtube..
hehehhe.. terkenang pulak zaman2 kecik2 dulu..
80an ni kira zaman teman baru kenal dunia.. maklumlah lahir start 80...

meh layan..zassss!!