Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, December 13, 2010

Ummi Hafilda dah Pokai ke?


Hok aloh minah ni..
Dulu bukan main hebat lagi..
Masa zaman Che Det hentam Anwar..
Memang Famous giler muka sembab minah nih!
Keluar masuk Mahkamah diiringi oleh Azwan Ali..
Tak lupa Khairuddin yang la ni dah jadi suami Ummi Aida..

Sekian lama tak dengar cite..
La ni tup-tup muncul kembali!
Dalam Utusan pulak tuh!
Ingatkan dah bertaubat.. dah insaf..
rupanya idakk!! Malah makin gedik dengan tuduhan-tuduhannya!

Aduyaiii..
Kalau dah Bapak sendiri tak ngaku anak sampai ke akhir hayat bapaknya..
Kalau dah bapak sendiri tak percaya..
Takkan minah ni ingat rakyat Malaysia nak percaya kot?
Tergamak minah ni fikir macam tu sekali!!!
Wakakakak!
Ke upah konspirasi 1 dulu dah habis?
Ni usaha nak cari makan balik la ni ye?
aduhhhh!!
Hinanya diri!!

Nallakarupan? wakakaka!
Teman ingatkan mamat ni dah mendiang!
sunsnake 13122010

'Ummi Hafilda berkata benar'

KUALA LUMPUR 12 Dis. - "Semua itu benar." Demikian tegas bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan yang mengakui kebenaran kenyataan Ummi Hafilda Ali berhubung apa yang dilaluinya pada 1997 dan 1998 yang membawa kepada pemecatan Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri.

Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda sememangnya tidak boleh disangkal kerana segala fakta yang diberikan bukannya suatu pembohongan atau konspirasi.

"Bagi saya, apa yang Ummi Hafilda katakan itu betul. Tidak boleh dinafikan lagi. Dia tahu segalanya termasuk abangnya, Azmin Ali yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Justeru, saya cabar 3A iaitu Anwar, Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan Azmin supaya menjawab kenyataan itu.

"Jangan jadi pengecut. Rakyat perlu tahu. Jangan berlakon lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas temu bual eksklusif Mingguan Malaysia berhubung rayuan Ummi Hafilda terhadap Azmin termasuk Anwar dan Wan Azizah agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Laporan itu antara lain mengimbas kembali apa yang dilaluinya sepanjang 1997 dan 1998. Antaranya, tindakan beliau menulis surat mengenai salah laku Anwar kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kemunculan semula Ummi Hafilda adalah atas rasa terpanggil untuk menentang mereka yang sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu.

Mengulas lanjut, Nallakarupan berkata, Azmin seharusnya malu dengan apa yang diluahkan oleh Ummi Hafilda dan mengakui kebenaran kenyataan adik bongsunya itu.

Berita Penuh

Ismail Sabri Buat Lawak King! Wakakaka!

Yang ni namanya lawak munafik!

Aduyaiii!!
Teman tak tau pulak yang menteri-menteri UMNO ni ada dikalangan mereka pandai buat lawak!
Memang kalau masuk Raja Lawak, Zaibo pun takleh nak komen apa woo!!
Sebab lawak sungguh!
Kalau zaman Sinaran Pasport Kegemilangan dulu..
Kompom dapat 5 bintang woo!! Dah RM1000 tuh!

Hok aloh...
Punya la besar title menteri tu..
Punya la susah rakyat nak bagi kepercayaan untuk mereka duduk di kerusi mewah tu..
Punya la meghoyan begitu ramai ahli politik Malaysia nak dapat kerusi tuh!

Akhirnya..
mereka yang duduk kat situ hanya boleh bagi rakyat cadangan jenis macam ni?
Apa? menteri ni ingat semua rakyat duduk rumah tanah lot macam depa ka?
Semua rakyat duduk lot banglo yang ada 1/2 ekar sorang area rumah ka?

Yang duduk flat di Bukit Beruntung ni macam mana?
Yang duduk apartment kat Lembah Pantai macam mana?

Kot ye pun tanam sendiri..
Boleh tampur keperluan seharian sayur untuk dimakan ke>
Keperluan seminggu? sebulan? setahun? sampai mati?
Nak tak nak kena beli jugakk!!
Nak tak nak kena ke pasar jugakkk!!
Aduhhhh!!!
minta komen sahabat semua!
teman dah senak perut gelak ramai-ramai kat opis tadi!
wakakakakaka!
Bangang!

sunsnake 13122010

Tanam sendiri sayur kekang kenaikan harga pasaran - Ismail

BERA 12 Dis. - Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.

''Melalui Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian.

''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.

Berita Penuh

Saturday, December 11, 2010

Roboh Surau - DBKL Suruh AJK Jumpa UMNO? adoi!


Teman hilang akal kejap bila baca berita ni..
DBKL hilang akal?
Tak tahu malu?
Hilang kemaluan?
Hilang maruah?

Siapa UMNO ni dalam sistem pengurusan Kuala Lumpur?
Macam mana boleh terfikir nak meeting di pejabat UMNO perihal pengurusan KL?
Apsal tak meeting di PWTC terus..
Lagi baik DBKL minta kelulusan MT UMNO!
Laaagi baik kalau Datuk Bandar KL gi bertanding jawatan MT UMNO!
Baru pueh hati!
Sengal tol!
sunsnake 11122010

Gagal kuasai, Umno mahu surau diroboh?

KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS Lembah Pantai menentang usaha pihak berkuasa hendak merobohkan Surau Al-Falah di Kampung Pantai Dalam yang diimarahkan oleh penduduk dengan baik.

Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Adlin Soleh berkata, usaha merobohkan surau itu dilihat adanya unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh pihak lawan.

“Kita menyedari usaha Umno khususnya Datuk Raja Nong Chik menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

“Ada beberapa surau dan masjid yang tidak dikuasai mereka menyebabkan mungkin adanya dengki sesetengah pihak tertentu sehingga keluar cadangan untuk merobohkan Surau Al-Falah,” katanya.

Menurutnya, jika isu itu tidak ditangani segera, PAS memberi amaran BN akan menghadapi tindakan rakyat yang lebih tegas dalam pilihan raya akan datang.


Berita Penuh

Friday, December 10, 2010

Tazkirah Jumaat 4 Muharam 1432H


Nabi laknat perempuan nipiskan bulu kening

FIRMAN Allah bermaksud : "Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung." (Surah an-Nur, ayat 31)

* Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)

* Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

* Menurut Bukhari, Nabi Muhammad SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

* Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

* Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

* Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

* Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

* Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

Semoga anda mendapat iktibar dan pengajaran daripada petikan hadis di atas. Wallahu a'lam bissowab.

Thursday, December 9, 2010

Muhasabah Untuk Ahli-Ahli PAS! [Wajib Baca]

Sekadar Gambo Hiasan... Ahli PASZBB!

PAS Masih Untuk Orang Kuat PAS

Setelah tidak menjadi orang kuat PAS, barulah saya tahu apa persepsi orang bawahan terhadap PAS. Berbeza semasa memegang beberapa jawatan di dalam PAS, saya rasa PAS benar-benar kuat sehingga jika ditakdirkan pilihanraya berlaku bila-bila masa pun, PAS boleh menang.

Manakan tidak; sekejap usrah, sekejap tamrin, sekejap mesyuarat, sekejap seminar, sekejap …, sehingga terasa masa sangat suntuk. Terasa PAS begitu aktif dan banyak aktiviti. Diari sentiasa penuh dengan kerja dan temujanji.

Dimana-mana sahaja bercakap mengenai PAS. Terasa diri seperti diperhatikan orang sepanjang masa sebagai orang kuat PAS. Terasa diri amat bernilai kepada umum. Terasa seolah-olah semua orang berfikiran PAS, bersemangat PAS dan kuat PAS macam diri sendiri.

Namun, semua itu hanya untuk orang kuat PAS sahaja. Bila jadi orang biasa PAS, baru terasa, rupa-rupanya, semua aktiviti itu hanya berlegar di kalangan orang-orang PAS sahaja. Atau, lebih tepat di kalangan orang-orang kuat PAS sahaja.

Bila berada di tempat orang biasa, hidup bersama orang-orang bawah, bersama masyarakat di kampong, terasa kewujudan PAS agak jauh untuk dijangkau.

Jika orang seperti saya yang pernah jadi orang kuat PAS pernah terasa begitu, bagaimana dengan pengundi yang tinggal di ceruk kampong, yang tidak pernah jadi orang kuat PAS?

Tahukah dia apa rencana masa depan PAS, kenalkah dia pemimpin PAS, pemimpin pemuda dan muslimat PAS? Maklumkah dia apa aktiviti dan program PAS?

Jika dia punya kemudahan ICT, mungkin banyak perkara mengenai PAS diketahuinya. Jika tiada? Harakah tidak sampai ke rumahnya, di tempat tinggalnya tidak ada aktiviti PAS, pemimpin PAS tidak pernah berkunjung ke rumahnya.

Di celah-celah itu semua, JKKK Umno pula acap kali berkunjung dan bertanya khabar, menghulur bantuan dan mengambil berat. Adakah punya harapan untuk orang seperti itu mengundi PAS dalam PRU akan datang?

Umno sukar ditewaskan kerana orang kampong terhutang budi dengan mereka. Walau budi itu dicebik sahaja oleh PAS seperti budi tanah merah, simen dua tiga kampit, beras sekampit, gula sekilo, duit lima ringgit, tetapi budi itu sangat mencengkam jiwa orang yang menerimanya.

Mereka menghulur secara berterusan. Jika PAS pula hanya menghulur sewaktu hampir pilihanraya sahaja, RM50 misalnya, itu masih kecil kerana Umno menghukur sebulan RM5 tetapi selama bertahun-tahun.

Jika PAS menghantar 10 keping zing semasa hampir pilihanraya, itu juga masih kecil berbanding Umno yang menghulur sekampit beras setiap bulan selama bertahun-tahun.

Maksudnya, dakwah PAS belum benar-benar mengakar dan menguasai. Pemimpin PAS memang bijak berpidato, hebat di pentas, tetapi pidato mereka hanya di dengar oleh orang-orang kuat PAS. Yang kuat ketawa dengan lawak di pentas pun adalah orang kuat PAS juga.

Pemimpin bawahan Umno memang tidak bijak berpidato tetapi mereka bijak menawan hati pengundi. Mereka bijak berbudi, mereka bijak memikat, mereka bijak menambat. Ikatan dan tambatan mereka sangat sukar dirungkai.

Justeru, bolehkah PAS berkecil hati jika orang kampong enggan mengundi mereka?

Zolkharnain Abidin

Pakatan Rakyat Hulu Selangor.. Wake up!!

Ni lubang di Jalan Cempaka.. Berhadapan dengan perumahan teres Jalan Cempaka 1A,


Teman dah post isu jalanraya kat area Bukit Beruntung yang makin teruk hari tu..
Boleh refer kat sini..

teman dah adukan secara rasmi melalui Aduan@portal Majlis Daerah Hulu Selangor..
Tapi sampai la ni belum ada apa-apa jawapan..
Teman dah tanya kat beberapa orang ahli majlis yang berada di area Bukit Beruntung...
Pun tiada jawapan..
yang pasti jalan makin lama makin teruk!
Lubang kat jalan tu makin lama makin besor!
hati teman makin lama makin panas!
Teman kompom hati rakyat kat sini pun makin lama makin meluat!

Tak kira la siapa pun memerintah..
Pastinya berkuasa ke atas semua PBT yang ada..
Kalau isu jalan ni pun lembab..
Tak payah sembang isu lain laaaa...

Ni.. teman paparkan gambo2 lubang dan lokasinya..
Mana la tahu.. pihak-pihak berkenaan dah cari tapi tak jumpa!

Aduyaiiiii...

sunsnake 09122010
Lubang betul-betul dihadapan Balai Polis Bukit Sentosa, Jalan Cempaka


Lubang di Jalan Bukit Sentosa 1, dihadapan Pasaraya A-Smart


Lubang paling 'worst' di Jalan Bukit Sentosa 1, hadapan A-Smart jugak!
Berhampiran restoran milik ahli majlis dengornya... aduhhhh!

Pun lubang di Jalan dan lokasi yang sama , Jalan Bukit Sentosa 1..
memenuhi hampir keseluruhan jalan..
hampir tiada ruang untuk kenderaan seperti kereta untuk mengelak!


Jalan Bukit Sentosa 1 jugak!


Pun Jalan Bukit Sentosa 1... adehhh!!


Jalan Bukit Sentosa 1 jugak tapi berhadapan dengan Restoran Salam Bistro!


Jalan Bukit Sentosa 1 jugak tapi berhadapan dengan Restoran Salam Bistro!


Logik ke lubang sedalam ini dah berbulan-bulan dibiarkan tanpa ada pihak nak membaikinya?
Dah berapa banyak kenderaan rosak termasuk kemalangan penunggang motosikal!!!
Nak salahkan Kerajaan Pusat juga ke?
Lubang berhadapan Restoran Salam Bistro.. (Traffic Light)


Lagi lubang berhadapan Restoran Salam Bistro..
(Traffic Light)

Lagi lubang berhadapan Restoran Salam Bistro..
(Traffic Light)


Lubang besar giler disimpang berhampiran Kedai Buku Bookworm!
jalan Bukit Sentosa 1 jugakk!!


Lubang berhadapan dengan Restoran Salam (lama)
Jalan Bukit Sentosa 1

Lubang di persimpangan berhampiran Balai Polis Bukit Sentosa..
pun dah banyak kali berlaku kemalangan..
takkan asyik nak salahkan takdir??


Dihadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, Jalan Cempaka..
Aduhhhh!!!