Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 29, 2010

Penambah Luka Zaid Ibrahim!

Wakakakaka!
Kalau nak keluar UMNO..
Keluar sepenuhnya lah bro!
Jangan simpan hatta se aun pun perangai UMNO tu...

wakakakaka!

sunsnake 29112010

Sunday, November 28, 2010

Jalanraya Area Bukit Beruntung Makin Teruk! Apa Cer?

Sekadar hiasan.. tapi yang sebenornya lagi teruk dari ni!!!


Teman dah lama pendam gak sebenarnya..
Tapi bila teman dah bagitau kat pihak berkenaan..
Masuk sebulan... 2 bulan.. senyap jee..
Apa cer?

Maksud teman pasal keadaan jalanraya sekitar Bukit Beruntung/Bukit Sentosa nih!
Dah makin teruk!
Lubang ada yang lagi besor dari kereta lagi!
Kalau jalan yang jauh dari orang ramai gagh la lagi.. ini jalan tengah-tengah bandor!
Lebih tepat area Traffic Light utama..
Lubangnye.. kalau tayar lori masuk pun kompom meletup!
aduyaiiii...

Ada teman buat laporan melalui website majlis daerahnya..
dah dekat sebulan.. haram..
reply ke teman pun idakkk!!!

so, harap kekalau ada mana-mana pihak yang boleh panjangkan isu ni..
sila la bantu kami penduduk Bukit Beruntung/Bukit Sentosa ni..
Tak kira la PKR ke.. UMNO ke.. PAS ke..
YB Kamalanathan ke.. YB Mat Isa ke.. Ahli Majlis Daerah dari Pakatan Rakyat ke..
YDP pernah dapat penyapu dari Anak Toyo ke..
Kami rakyat ni bukan nak berpolitik sepanjang masa...

Tiap-tiap hari ada yang pecah tayar kete moto langgar lubang!
Tak caye gi tanya tokei bengkel motor dan tayar kete kat area ni..
Deme suka laaa... ada masyukkk!!
Yang merananya kami rakyat ni haa..
dengan kerajaan BN kami kena tipu!
Takkan dengan kerajaan PR pun nak kena jugakkk!!!

p/s: gambo2 teman akan siarkan.. kamera bik mama bawak gi kursus! wakakaka!
sunsnake 28112010

TV3 Media Rasmi PKR ke la ni?


Teman memang jarang layan Berita kat TV Malaysia nih!
Maklumlah... Boikot la katakan..
Tapi semenjak dua menjak ni..
Teman dok rajin la layan sebab nak dengor berita Perang Korea nih..

Tapi lain lak yang teman jumpa..
Hek elehhh..
Buletin Utama Tv3 dah jadi Media Utama PKR pulak..
Ngalahkan Selangor TV pulak!
Malam ni tadi siap siar ucapan Persidangan DAP pulak!!
Wakakaka!

Selama ni punya la payah nak dengor Anwar keluar TV..
Malam tadi punya la lama ucapan dia!
Siap ada Kak Wan lagi!!

Apa punya bengap laaa..
Dengar la bis-abis apa yang Kak Wan cakap pasal Ketuanan Melayu tuu..
Ketuanan Melayu yang hanya mengkayakan segolongan pemimpin melayu!
Bukankah hak-hak orang melayu dijamin oleh Perlembagaan?
Najib sendiri cakap masa memekik-mekik kat PWTC dulu kan?
So? what's wrong with that statement?

adusss...
sunsnake 28112010

Thursday, November 25, 2010

Maha Benar Kata Muhyiddin Ini!

Siapa kata Pemuda Gerombolan Penakut?? Ni haa? Slamber!

Betul..betul..
Anak-anak muda Malaysia tak harus bercakap hal hak asasi manusia...
Anak-anak muda Malaysia tak harus bercakap hal kebebasan bersuara...
Anak-anak muda Malaysia tak harus bercakap hal keadilan...
Anak-anak muda Malaysia tak harus bercakap hal integriti dan ketelusan!

Sebab apa? sebab...
Anak-anak muda Malaysia WAJIB bercakap hal hak asasi manusia...
Anak-anak muda Malaysia WAJIB bercakap hal kebebasan bersuara...
Anak-anak muda Malaysia WAJIB bercakap hal keadilan...
Anak-anak muda Malaysia WAJIB bercakap hal integriti dan ketelusan!

Anak-anak muda Malaysia tak mahu jadi bacul dan penakut kepada menegakkan kebenaran!
Macam pemuda pekembar!

macam... macam-macam lagi laaaa!!!

sunsnake 25112010

Usah percaya perjuangan yang terpesong: Muhyiddin


2010/11/25 KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini meminta generasi muda supaya tidak membiarkan diri mereka terikat dengan kumpulan yang berkepentingan tersendiri walaupun kumpulan itu membawa ideologi atau perjuangan yang indah bunyinya.

Berucap merasmikan seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen di sini hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemimpin muda seharusnya tidak mudah terpedaya untuk mempercayai perjuangan yang telah dipesongkan kebenarannya.

Berita Penuh

Ajak UMNO Debat? Baik Ajak Tiang TNB!

Mana ada khurafat?? letak daun jeee.. macam gubah sireh junjung!

Tersenyum teman terbaca pelawaan Pemuda PAS Perak untuk berdebat dengan UMNO dalam isu 'Ancak' ni..
Setakat ni belum pernah jadi kenyataan lagi ada ahli UMNO yang mahu berdebat secara terbuka dengan PAS.. setahu teman laaa.. kalau pernah berlaku minta bagitau balik!

Jenuh dah rasanya PAS ajak UMNO debat dalam pelbagai isu!
Baik masa pilihanraya mahupun dalam keadaan semasa..

UMNO ni satu makhluk yang sangat-sangat benci akan debat!
Terutamanya isu-isu Islam..
Tak tau kenapa?
Tapi kalau cakap depan pemberita RTM,Tv3.. perghh!
Ngalahkan letusan Gunung Merapi lagaknya!
Monolog laaaaaa..

sunsnake 25112010

Ancak: Pemuda PAS Perak sedia berdebat

IPOH, 25 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar semua pengendali laman web atau blogger pro Umno BN agar berdepan bersama di atas satu pentas untuk mengemukakan hujah-hujah mereka jika benar-benar berani bersemuka berhubung ancak tiang seri.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, ini kerana pihaknya melihat trend penyokong Umno BN yang mengendalikan laman web atau blog pro parti itu sedang menunjukkan mereka di pihak benar dengan memberikan hujah-hujah terutama berkaitan tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu.

Berita Penuh

Hoki Sukan Asia - Tahniah Malaysia!

Sesekali teman angkat la skit PM-PM kita ni haaa!! huhuhu


Teman puji sungguh team hoki Malaysia kali ni..
Teman memang budget Malaysia kalah dengan India hari tu..
Alhamdulillah.. menang la pulak!

Kalau kalah.. mahu satu team hoki tu kena tempik dengan Armand PERKASA!
Mau nye tidak! Kalah dengan india!
Ini pengkhianat namanya!! mana boleh india menang!!!
Wakakakaa!

Hanya Melayu(malaysia) je boleh menang! Ini hak melayu!

Good Luck buat team hoki Malaysia yang nak lawan final petang ni lawan Pakistan..
Apa pun keputusan teman tetap nak ucap tahniah!
Malaysia Boleh! huhuhuhu

sunsnake 25112010

Alang-alang layak ke final: Madzli

Alang-alang layak ke final: Madzli“KAMI sudah bersedia melakar lagi satu sejarah gemilang,” kata kapten hoki negara, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor yang akan mengetuai barisan negara menentang Pakistan di final, hari ini.

Selepas melakar sejarah mara ke final buat julung kali, Mohd Madzli dan rakan sepasukannya berpeluang mengukir sejarah lebih gemilang, hari ini dengan memenangi emas dan merebut tiket automatik ke Sukan Olimpik London 2012.

Berita Penuh