Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 25, 2010

Ajak UMNO Debat? Baik Ajak Tiang TNB!

Mana ada khurafat?? letak daun jeee.. macam gubah sireh junjung!

Tersenyum teman terbaca pelawaan Pemuda PAS Perak untuk berdebat dengan UMNO dalam isu 'Ancak' ni..
Setakat ni belum pernah jadi kenyataan lagi ada ahli UMNO yang mahu berdebat secara terbuka dengan PAS.. setahu teman laaa.. kalau pernah berlaku minta bagitau balik!

Jenuh dah rasanya PAS ajak UMNO debat dalam pelbagai isu!
Baik masa pilihanraya mahupun dalam keadaan semasa..

UMNO ni satu makhluk yang sangat-sangat benci akan debat!
Terutamanya isu-isu Islam..
Tak tau kenapa?
Tapi kalau cakap depan pemberita RTM,Tv3.. perghh!
Ngalahkan letusan Gunung Merapi lagaknya!
Monolog laaaaaa..

sunsnake 25112010

Ancak: Pemuda PAS Perak sedia berdebat

IPOH, 25 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar semua pengendali laman web atau blogger pro Umno BN agar berdepan bersama di atas satu pentas untuk mengemukakan hujah-hujah mereka jika benar-benar berani bersemuka berhubung ancak tiang seri.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, ini kerana pihaknya melihat trend penyokong Umno BN yang mengendalikan laman web atau blog pro parti itu sedang menunjukkan mereka di pihak benar dengan memberikan hujah-hujah terutama berkaitan tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu.

Berita Penuh

0 comments: