Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, October 29, 2010

Galas - Bendera BN-UMNO Dibakar? Hmmm..


Hmmm..
Macam ada sedikit keraguan pulak dengan kes ni..
Sebab.. seumur hidup teman..
melalui pengalaman teman sendiri..
selalunya bendera PAS yang kena bakar,curi,buang dan sebagainya..

Baru-baru ni teman sendiri ada berbual dengan beberapa orang pemuda AMK bekas Pemuda UMNO..
Mereka sendiri mengaku pernah buat kerja buang bendera-bendera PAS nih!
Siap minta maaf kat teman lagikk!!
huhuhuhuh.. masa tu teman dok terfikir nak bagi pelempang ke nak bagi maaf??
wakakakak!

Bukan senang syeikh orang-orang PAS ni nak dapatkan bendera..
kena kumpul duit sesama sendiri..
kena gi beli sendiri bendera tu kat supplier..
sebab tu hanya PAS sahaja kot yang kutip balik bendera-bendera ni lepas ceramah.. lepas PRK..lepas kempen..
sebab kami tahu betapa bernilainya bendera-bendera tuh!
Kalau ada yang dibiar pun sebab lokasi tu strategik..
so, dibiarkan hingga reput.. itupun jarang-jarang sangat!

Lainlah UMNO-BN..
Bendera depa kalau depa nak..
Macam hujan turun dari langit!!
Sekali minta beribu helai turun!
Itu yang bila pasang tak turun-turun dah!!

teman teringat kata-kata Pak Din Hancur.. 'orang besi' PAS Bukit Beruntung..

"PAS punya bendera.. kita pasang dengan hati dan perasaan!, sambil pasang dalam hati kita mohon agar Allah SWT bukakan pintu hati rakyat agar terpaut hati dengan bendera kita ni..Dan kita pasang dengan hati ikhlas..."
sunsnake 29102010

BN harap kempen tidak kecoh

GUA MUSANG - Barisan Nasional (BN) bersikap tenang menghadapi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas walaupun terdapat insiden membakar bendera BN dan UMNO di Kampung Lembaga di sini semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap kejadian membakar bendera itu ditangani dengan baik.

Berita Penuh

Galas - Isu Royalti, Siapa Cuak Sebenarnya?


Perghh!!
Isu Royalti Minyak ni memang panas..
Memang pergghh!!

Kalau PAS bawak isu ni dalam kempen..
Rakyat akan perhatikan Ku Li..
Sebab dia menyokong Kerajaan Kelantan dalam isu ni..
Dalam masa sama dia Ketua BN untuk PRK Galas ni..
Dia pun Ketua Bahagian Gua Musang!

Silap-silap mau Ku Li terus senyap!
Kalau itu yang berlaku.. masalah pada UMNO-BN!
Gurkha tak nak bersuara!!
Pengarah PRK Galas BN senyap!

Mau terpaksa guna cara terakhir seperti di Hulu Selangor..
Angkut Mahathir turun kempen! wakakaka!

Siapa yang cuak sebenarnya? UMNO ke PAS?
aduyaii!!

sunsnake 29102010

Galas: PAS nafi ada ‘perjanjian’ dengan Ku Li elak bangkit isu royalti

October 29, 2010

GUA MUSANG, 29 Okt — Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menolak dakwaan wujud “perjanjian” antara parti Islam itu dengan Tengku Razaleigh Hamzah supaya tidak isu royalti minyak tidak dibangkitkan dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

“Tiada apa-apa perjanjian pun,” katanya sambil menafikan wujud persefahaman politik antara PAS dan Tengku Razaleigh yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di Galas.

Wan Abdul Rahim menegaskan, PAS masih tidak membangkitkan isu royalti minyak kerana tidak mempunyai penceramah yang bagus untuk mengendalikan isu royalti.

“Kita akan bangkitkan (royalti minyak) tapi sekarang kita tidak mempunyai penceramah yang berkebolehan seperti Datuk Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS).

“Bukan semua orang PAS boleh cakap pasal isu ini, royalti minyak kalau nak bercakap perlu ada fakta dan pengetahuan yang tinggi. Baru boleh cakap,” katanya pada sidang media di Markas Pilihan Raya Kecil PAS DUN Galas di sini pagi ini.

PAS sehingga kini masih belum lagi membangkitkan isu royalti minyak dalam setiap ceramah yang dianjurkan sebaliknya lebih tertumpu kepada isu nasional lain.

Berita Penuh

Thursday, October 28, 2010

Imbas Kembali! Lawyer UMNO spik inglish!


Teman dan kawan-kawan opis mengalir air mata layan klip nih!
Pada kawan-kawan yang boring..
teman suggest sangat-sangat.. layan la klip-klip video nih!!
especially yang No.2..

Memang kelakor!!!

Buat malu SPRM je...

Teman yang SPM English dapat 7 ni pun tak seteruk tu la English nyerrr!!
wakakakka!
sunsnake 28102010















Ulama UMNO Tegur Secara 'Yes Sir'??

Kami akan tegur secara 'sir'...

Kami akan tegur secara 'yes sir'!!

Hmmm..
Teman tak nak komen banyak sebab teman bukan arif dalam bidang ni..
Jauh sekali layak digelar ulama' UMNO!

Tapi setahu teman bersekongkol dengan pelaku zalim kelak akan masuk neraka sesuai dengan ayat Al-Quran
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan" Surah Hud Ayat 113

Wallahua'lam..
sunsnake 28102010

Hab hiburan tetap salah, ulama tegur secara 'sir'

Ulama muda Umno akan sentiasa menegur segala kesilapan pemerintah, termasuk berhubung rancangan mewujudkan hab hiburan sekiranya ia bercanggah dengan ajaran Islam, kata Fathul Bari Mat Jahya. Bagaimanapun, menurut pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) itu lagi, teguran yang dibuat mestilah dalam bentuk sir atau rahsia bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar.
Berita Penuh

Ustaz Fathul, Ni Nak Tegur 'sir' Macam Mana ye?

Salam Ustaz Fathul Bari..
Minta pencerahan sikit...

sunsnake 28102010


PERKASA Tak Kompromi Soal Agama!!! Wakaka!

Pejuang Agamalah sangatttt!!! Wakakaka!


Chaitt!!

Pigiraaa mabuk Armand oii!!
"Wira Perkasa tak kompromi soal agama"!!
Macam hampeh!

Mana PERKASA bila Pemuda PAS bantah Festival Fesyen Kak Mah?
Mana PERKASA bila Pemuda PAS bantah konsert Adam Lembut?
Mana PERKASA bila Pemuda PAS bantah kelulusan judi bola Piala Dunia?

Mana??
Mana??
Mana??

Menyorok bawah ketiak Bik Mama??

Takyah berlakon laaaa!!!
1Malaysia dah tau kamu tu siapa Armand oiii!!
sunsnake 28102010

PERKASA: Hab hiburan perlu di tempat khusus
Okt 27, 10 4:16pm


Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus. "(Dalam) soal agama, Wira Perkasa tak kompromi dalam memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. "Sebab itu lebih baik disediakan hub untuk operasi bagi memenuhi minta 'mereka' yang sebegitu di suatu tempat yang khusus," kata ketua Wiranya Arman Azha Abu Hanifah (kiri).

Berita Penuh