Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, October 29, 2010

Galas - Bendera BN-UMNO Dibakar? Hmmm..


Hmmm..
Macam ada sedikit keraguan pulak dengan kes ni..
Sebab.. seumur hidup teman..
melalui pengalaman teman sendiri..
selalunya bendera PAS yang kena bakar,curi,buang dan sebagainya..

Baru-baru ni teman sendiri ada berbual dengan beberapa orang pemuda AMK bekas Pemuda UMNO..
Mereka sendiri mengaku pernah buat kerja buang bendera-bendera PAS nih!
Siap minta maaf kat teman lagikk!!
huhuhuhuh.. masa tu teman dok terfikir nak bagi pelempang ke nak bagi maaf??
wakakakak!

Bukan senang syeikh orang-orang PAS ni nak dapatkan bendera..
kena kumpul duit sesama sendiri..
kena gi beli sendiri bendera tu kat supplier..
sebab tu hanya PAS sahaja kot yang kutip balik bendera-bendera ni lepas ceramah.. lepas PRK..lepas kempen..
sebab kami tahu betapa bernilainya bendera-bendera tuh!
Kalau ada yang dibiar pun sebab lokasi tu strategik..
so, dibiarkan hingga reput.. itupun jarang-jarang sangat!

Lainlah UMNO-BN..
Bendera depa kalau depa nak..
Macam hujan turun dari langit!!
Sekali minta beribu helai turun!
Itu yang bila pasang tak turun-turun dah!!

teman teringat kata-kata Pak Din Hancur.. 'orang besi' PAS Bukit Beruntung..

"PAS punya bendera.. kita pasang dengan hati dan perasaan!, sambil pasang dalam hati kita mohon agar Allah SWT bukakan pintu hati rakyat agar terpaut hati dengan bendera kita ni..Dan kita pasang dengan hati ikhlas..."
sunsnake 29102010

BN harap kempen tidak kecoh

GUA MUSANG - Barisan Nasional (BN) bersikap tenang menghadapi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas walaupun terdapat insiden membakar bendera BN dan UMNO di Kampung Lembaga di sini semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap kejadian membakar bendera itu ditangani dengan baik.

Berita Penuh

0 comments: