Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, September 19, 2010

Bagi la peluang Saya berehat - Mat Taib

Opsss!! Silap gambor laksss!

Aduyai..
Kot ye pun terdesak UMNO ni..
Bagi la peluang Tan Sri kita ni berehat..
Dah 40 tahun bergelumang dalam politik UMNO..
Sampai ke Australia berkempen! Wakakaka!

Teman menghormati kehendak Tan Sri kita ni yang nak berehat..
Harap-harap, walaupun terdesak la ni..
jangan UMNO dok masih nak pressure beliau..
Kot ada pun golongan yang kepingin sangat title Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya tu..
Tunggu-tunggulah pemilihan akan datang..
Toksahlah kalut-kalut..
Takkan lari gunung dikejar!!! wakakakak!

sunsnake 19092010

Mat Taib: Saya masih perhati politik, Umno Sgor

Walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam parti atau kerajaan, bekas Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata beliau masih lagi memerhatikan perkembangan semasa politik dan Umno di Selangor. Muhammad menafikan dakwaan bahawa beliau kecewa atau merajuk dan menjalani kehidupan biasa selepas tidak memegang jawatan penting setelah pilihan raya umum Mac 2008. "Kita tengok, kita perhati. Saya kini lebih banyak berehat," katanya kepada petugas media yang ditemui ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya di Shah Alam malam tadi.
Berita Penuh

PEKIDA Persetankan PERKASA?


"Kami juga mengingatkan dan mempersetankan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini serta merendah-rendahkan kewibawaaan serta martabat PDRM...," -Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.-sumber

Wah! biar benor wehh?? kamu nak persetankan pihak yang cuba mempolitikkan isu pembunuhan 4 orang melayu nih?? Kamu dah baca ke kenyataan tuduhan Zahid Mat Arip ni?

Mohd Zahid mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.

Mohd Zahid juga dilaporkan berkata: "Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja."
- sumber

So? siapa yang politikkan isu ni? Zahid ini juga adalah Ahli majlis Tertinggi PERKASA wehh!! aduyaii!!! jangan pecah lobang wehhh!! Wakakakak!

sunsnake 19092010

Sumbangan Aidilfitri di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa

Bukit Sentosa, 18 September 2010 - Bertempat di pejabat No.70 Jln Semarak,Pusat Khidmat Masyarakat Jalan Semarak yang juga rumah Pengerusinya Tn. Hj Zulkifli Dawam telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan sumbangan kepada 85 orang anak-anak Yatim.

Majlis bermula pada jam 3.00 petang dan dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Muhd Salleh. Kira-kira 200 orang hadirin telah dijamu dengan pelbagai jenis juadah termasuk kuih-muih raya yang beraneka.

Didalam ucapannya, Ustazah Nuridah sempat mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjur iaiatu PKM Jalan Semarak dengan pelbagai aktiviti membantu masyarakat sekitar terutama golongan yang kurang bernasib baik seperti ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan juga golongan fakir miskin yang juga ingin turut sama bergembira menyambut hari kemenangan Aidilfitiri ini.

Diakhir majlis, beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Dewan Muslimat PAS pusat kepada anak-anak yatim berupa sedikit 'ang pau' bagi menceriakan anak-anak tersebut. Turut hadir dimajlis berkenaan adalah pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat setempat daripada Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor yang diwakili Ketuanya Sdr. Mohd Nizam Mat Rahim dan pimpinan PKR Cabang Hulu Selangor Sdr Shaiful Anuar Sulaiman serta dua orang Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor iaitu Sdr Sazali Nor Saham dan Puan Kameliyah Bien. - budakbalun


Antara hadirin yang hadir sedang menjamu selera


Pengerusi PKM Jalan Semarak, Tn Haji Zulkifli Dawam membuat ucapan aluan.


Ustazah Nuridah yang baru tiba..


Wakil Pengerusi Komuniti Hulu Selangor menyampaikan ucapan


Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor menyampaikan ucapan


Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Kaum India..1malaysia!


Barisan kepimpinan PR Hulu Selangor


Puan Kameliyah Bien menyampaikan ucapan


Ketua Penerangan PKR, Sdr Shaiful menyampaikan ucapan..


Ustazah Nuridah merasmikan majlis



Sumbangan kepada anak-anak yatim

Saturday, September 18, 2010

Yap! Hanya di Selangor!

Balik-balik dari kampung.. ada bil air dalam mailbox rumah teman..
hmm.. senyum je baca bil ni..
at least ada la jugak keringanan nak bayor..

ada gak orang-orang UMNO kawan teman yang pernah sound..
"alaaaa.. 20m3 je??"
siot betul!! ada la jugak banding UMNO Pahang!!!
nak naik bil air lagi ada leee..!!

apa la bangang benor puak2 tuh!!

sunsnake 18092010

1Malaysia... Semakin Jelas Retorik UMNO..


1Malaysia!!! Itulah laungan Najib siang dan malam..
Seawal Subuh hinggalah dinihari..
Dari Perlis.. sampai la Ke Sabah!!
Itulah slogannya.. itulah zikirnya.. itulah ratibnya..

Tapi jika rajin.. pergilah jengok blog-blog UMNO..
usha-ushalah blog bloggers pembela negara...

Semuanya penuh dengan racist... perkauman!
Kalau boleh gamaknya mahu dihapuskan semua kaum cina dan india..
kalau boleh cina dan india ini hanya boleh mengangguk sahaja..
tidak boleh menggeleng..

Contoh terbaik kes Susilawati..
seakan-akan kes ini hampir dijadikan modal perkauman oleh sesetengah pihak!
Betapa bebal dan tulinya pihak berkenaan!

1Malaysia???
heh heh heh...
Selagi parti-parti yang bertunjangkan kaum seperti UMNO,MIC dan MCA ini wujud..
Mustahil dapat dicapai 1Malaysia!!
Dan jika benar UMNO perjuangkan Melayu..
Apa gunanya 1Malaysia?? Baik dibuat 1Melayu!!
sunsnake 18092010

Konsep 1 Malaysia tidak gagal, tegas Najib

September 17, 2010

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan konsep 1 Malaysia hari ini sambil menegaskan ia tidak gagal, sebaliknya pelaksanaan mengalami kemajuan yang disasarkan.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa ada kemungkinan konsep itu tidak menjadi kenyataan sepenuhnya pada hari ini tetapi akan membantu semua lapisan masyarakat kelak.

Najib melahirkan kekecewaan kerana sesetengah pihak dengan cepat mengkategorikan idea beliau itu sebagai sudah gagal hanya kerana mereka beranggapan tidak dilayan dengan adil.

Berita Penuh

UMNO merugikan Islam?


Teman melihat isu 'non muslim masuk masjid/surau' ni betul-betul tindakan takde otak daripada UMNO yang makin terdesak!
Kesian dengan melayu-melayu yang ikhlas nak perjuang Islam yang masih dok ada dalam UMNO lagi. Nak keluar UMNO, mereka dah banyak makan budi dengan parti tu.. Duduk dalam tu pulak tak senang duduk.. banyak sangat perkara bangang yang UMNO dah buat terutama pasal Islam..

Apabila seseorang bercakap perkara yang bukan ahlinya.. inilah jadinya..

Sibuk dok nak fitnah dan pekenakan PAS hingga tergamak heret Sultan Selangor dalam hal ni.. akhirnya UMNO sendiri pun buat gak benda yang sama!!
Islam itu indah dan luas.. takkan Islam nak sempitkan ruang dan peluang bukan Islam mendekati Islam?? dan masjid/surau adalah antara medium terbaik untuk kita bagi ruang bukan Islam mendekati Islam!!!
Semudah itu pun takkan tak paham?
Ataupun UMNO buat-buat tak paham??

So, berkenaan gambar diatas? macam mana? nak minta pendapat Sultan Selangor jugak ke?
Mana si Khusrin 3 Thanawi nih??
Khusrin.. ooo.. khusrin... kurrr..kurrr..

sunsnake 18092010

Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC masuk masjid

September 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu “disajikan” dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

“Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya,” kata Khalid dalam blognya.

Berita Penuh