Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, September 19, 2010

Sumbangan Aidilfitri di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa

Bukit Sentosa, 18 September 2010 - Bertempat di pejabat No.70 Jln Semarak,Pusat Khidmat Masyarakat Jalan Semarak yang juga rumah Pengerusinya Tn. Hj Zulkifli Dawam telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan sumbangan kepada 85 orang anak-anak Yatim.

Majlis bermula pada jam 3.00 petang dan dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Muhd Salleh. Kira-kira 200 orang hadirin telah dijamu dengan pelbagai jenis juadah termasuk kuih-muih raya yang beraneka.

Didalam ucapannya, Ustazah Nuridah sempat mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjur iaiatu PKM Jalan Semarak dengan pelbagai aktiviti membantu masyarakat sekitar terutama golongan yang kurang bernasib baik seperti ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan juga golongan fakir miskin yang juga ingin turut sama bergembira menyambut hari kemenangan Aidilfitiri ini.

Diakhir majlis, beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Dewan Muslimat PAS pusat kepada anak-anak yatim berupa sedikit 'ang pau' bagi menceriakan anak-anak tersebut. Turut hadir dimajlis berkenaan adalah pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat setempat daripada Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor yang diwakili Ketuanya Sdr. Mohd Nizam Mat Rahim dan pimpinan PKR Cabang Hulu Selangor Sdr Shaiful Anuar Sulaiman serta dua orang Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor iaitu Sdr Sazali Nor Saham dan Puan Kameliyah Bien. - budakbalun


Antara hadirin yang hadir sedang menjamu selera


Pengerusi PKM Jalan Semarak, Tn Haji Zulkifli Dawam membuat ucapan aluan.


Ustazah Nuridah yang baru tiba..


Wakil Pengerusi Komuniti Hulu Selangor menyampaikan ucapan


Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor menyampaikan ucapan


Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Kaum India..1malaysia!


Barisan kepimpinan PR Hulu Selangor


Puan Kameliyah Bien menyampaikan ucapan


Ketua Penerangan PKR, Sdr Shaiful menyampaikan ucapan..


Ustazah Nuridah merasmikan majlis



Sumbangan kepada anak-anak yatim

0 comments: