Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, July 31, 2010

SAH, POLITIK DAN ISLAM ITU SATU

SAH, POLITIK DAN ISLAM ITU SATU

UMNO KATA - Politik dan Islam tak ada hubungkait, Islam lain - politik lain.

PAS KATA – Islam itu merangkumi politik dan seluruh kehidupan.

APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH HARUSSANI BARU-BARU NI ATAU SEBELUM-SEBELUM NI , KINI TERBUKTI bahawa........

1. Politik dan Islam itu tak boleh dipisahkan. Malah Islam berada dikedudukan teratas atau lebih tinggi dari politik. Islam menguasai politik, bukan politik menguasai Islam. Politik yang sebenar mesti membawa kearah perpaduan,.. dan Islam itu sendiri menyeru kepada perpaduan sejagat. Jadi ternyata bahawa PAS berada dilandasan yang benar.

2. UMNO dengan sendirinya terpaksa mengaku, sama ada dia sedar atau tidak...bahawa perpaduan yang dicari itu memang sangat-sangat penting, samaada dalam ruang lingkup kepartiannya mau pun seluruh kaumnya sendiri... tapi sebenarnya itu tidak cukup... PAS telah, sedang dan akan terus perjuangkan lebih dari itu.

3. UMNO sudah tidak mampu lagi bertahan. UMNO perlukan tabung oksigen untuk menyambung hayatnya. Ya! Tabung oksigen itu ialah perpaduan atau sokongan orang melayu kepada mereka. Tapi malangnya politik sebenar yang membawa kepada perpaduan yang tulin dan hakiki itu tidak difahami oleh mereka. Mereka hanya perlukan perpaduan kaumnya sahaja .......itu silapnya.

4. Usaha yang cuba dilakukan oleh Dato’ Mufti itu telah membuktikan bahawa Islam dan politik itu bercantum,.. ibarat satu badan...

Semua anggota badan dan perbuatannya adalah politik...

Dan seketul hati di dalam badan itu ialah Islam.

Jadi semua perbuatan yang dilakukan oleh manusia dikawal oleh hati atau dengan kata mudahnya.... “POLITIK ITU DIKAWAL OLEH ISLAM bukan politik menguasai Islam” Maka Perjuangan politik yang dibawa oleh PAS berlandaskan Islam itu harus mendapat tempat di hati seluruh rakyat.

Bagaimana !? Wahai pemimpin-pemimpin UMNO ? Masihkah berpegang kepada fahaman Asabbiah mu yang mengatakan agama itu lain – politik lain ?

Penulis : rahimothman 27/7/2010



Berita Buruk buat Team EPL kecuali Man Utd!

Haaaa.. ni teman punya striker baru wehhh!!!
wakakakakak!
pada budak2 Chelsea, Man Utd dan Arsenal..
termasuk la poyo Manchester City kalau ada..

tolong...tolong...tolong ingat betul2 nama ni...

"Chicharito"


wakakakakak!!

sunsnake 31072010

KISAH TONG NAJIS, BAS DAN PEMANDU

Lagi tentang perpaduan

KISAH TONG NAJIS, BAS DAN PEMANDU

**Wahai UMNO ! Kalau nak bermuzakarah atau mencari jalan perpaduan bersama PAS pun bersihkan diri dengan sebersih-bersihnya ATAU dengan kata mudahnya SAMAKLAH DIRI ANDA DULU.

Nampaknya Umno terus terusan mempelawa PAS untuk duduk semeja bulat bersama mereka dalam keadaan badannya umpama “Tong Najis” itu. Pas tak mau dan tak mau !. Pas dengan tegas menolak. Salahkah Pas ? Kenapa UMNO tak faham-faham ! Dah meroyan? Dah gila talak ? Kenapa degil sangat ?... Ooooo.. kalau nak tahu... itulah pendekatan yang dibawa oleh YAHUDI.

Kan sudah terbukti “Tong Najis” itu sangat kotor. DS Anuar telah cuba mencucinya dari dalam tapi gagal. DS Anuar kira-kiranya bernasib baiklah ! sebab dengan kuasa Allah beliau terpelanting keluar dari dalam tong najis itu . Maka berpusu-pusulah ahli-ahli “Tong Najis” yang lain keluar menuruti Anuar , lalu menubuhkan PKR. Kini PKR terus berkembang dan mendapat sokongan padu yang luar biasa dari seluruh masyarakat di Malaysia, lebih-lebih lagi orang Melayu .

Salahkah mereka yang keluar meninggalkan Tong Najis itu ?.

Mengenai perpaduan UMNO PAS, Kalau UMNO benar-benar ikhlas nak mencari perpaduan sesama Melayu kenapa tak pelawa sama orang orang Melayu PKR untuk bersatu atau bermuzakarah walaupun diluar pagar kepartian ?. Kalau nak pelawa mereka semula masuk UMNO atau “Tong Najis” yang telah mereka tinggalkan itu tentulah mustahil !

Sebenarnya UMNO merasa malu nak buat pelawaan. Tapi adalah lebih malu UMNO mempelawa Pas untuk bersatu dan bekerjasama dengannya... kerana UMNO seolah-olah yang tidak menghormati bahawa Pas adalah sebuah parti bersih dan tidak tercemar dengan najis.

Sudah 50 tahun Umno/BN diberi kuasa memerintah – kini nampak benar, mereka tidak lagi mampu dan hilang kepercayaan rakyat.

Mari kita umpamakan Negara ini adalah sebuah bas dan BN adalah pemandu... Penumpang pula sebagai rakyat .Penumpang merasa amat tidak selesa dan takut berada di dalam bas itu , kerana pemandu nya memandu bas itu secara gila-gila, kadang-kadang mabuk. Pemandu sering melanggar peraturan lalu-lintas , dan selalu berlaku kemalangan. Jadi,..sebelum bas bertambah rosak dan runtuh, wahai pemandu bas yang mabuk ! Kami nak TUKAR PEMANDU !. Kami hendak pemandu yang lain ! ..Orang lain pun boleh memandu.

Wahai pemimpin BN ! Serahlah mandat baru kepada “PAKATAN RAKYAT”. Mereka hendak membuktikan yang mereka boleh memerintah dengan cemerlang, adil, amanah, telus, tidak rasuah dan tidak menyalahguna kuasa. Mereka pun rakyat Malaysia juga !... Melayu, Cina India – sama macam BN. Kenapa takut sangat ?. Buanglah rasa TAMAK KUASA itu jauh-jauh. TAPI,, SANGGUPKAH UMNO/BN mengambil sikap terpuji ini ? – sama-sama kita tunggu.

Penulis : rahimothman – 22/7/2010


Friday, July 30, 2010

Hukum belum jatuh, dah jadi bukti Malaysia Telus?


Apalah hayunnya TPM Sembab ni..
Lom jatuh hukum pun si cukong ni bersalah ke idak..
Banyak flow nak tempuh lagi!!
Silap-silap sempat la si cukong ni mampus..
Macam kes Eric Chia..

Tiba-tiba Sembab ni dah mendabik dada!
Malaysia Telus..

Pala abah dia!!!
sorry petang ni mood tak berapa baik sangat!
tu yang rasa nak maki je tuh!!

sorry...sorry...sorry!

errr.. siapa masih ingat kes Kasitah Gaddam?
sunsnake 30072010

TPM: Kes Ling bukti sistem perundangan negara telus
Jul 30, 10 3:47pm

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik membuktikan sistem perundangan dan kehakiman negara tidak berat sebelah sebagaimana yang sering didakwa pihak pembangkang. Sebaliknya beliau berkata, ia membuktikan sistem perundangan di negara ini adalah saksama dan telus kerana tindakan tetap diambil walaupun terhadap seorang bekas anggota Kabinet BN. "Ini soal undang-undang dan penyiasatan pihak berkuasa...bila sampai satu peringkat pihak berkenaan berpendapat ada tindakan yang perlu diambil, maka mereka bertindak. "Biasalah pembangkang akan buat apa sahaja kenyataan apabila keputusan tidak menyokong mereka, mereka katalah tidak adil," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pendakwaan Dr Ling di Mahkamah Sesyen semalam.
Berita penuh

Debat - Ibrahim Kataki jangan buang masa!

UMNO mana tau berdebat... Bergaduh pandai laaa!!!


Tak payah la ajak Pemuda UMNO berdebat..
Buang masa!

Pemuda PAS sejak zaman Mat Sabu memangku Ketua pemuda sampai la Ustaz Hasan Tantawi la ni.. Paling hebat, YB Salahuddin Ayub sampai ke sudah ajak Pemuda UMNO berdebat..

Sampai la ni Pemuda UMNO tak berani!!! Sonyap jo!

Ketua Kegelapan UMNO Malaysia si Maslan lagi laaa!!!wakakaka!
sunsnake 30072010

Beranikah KJ berdepan Ibrahim Ali?
Jul 30, 10 12:52pm

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mungkin serba salah untuk berdepan dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah forum yang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat. Sehingga malam tadi, Khairy (kanan) masih belum membuat keputusan untuk menyertai forum dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar ke-4 yang akan berlangsung Ahad ini. "Ada apa Ahad ini, saya dijemput berdepan dengan... Ibrahim Ali. Patutkah saya pergi?" soalnya dalam nada serba salah dalam twitternya. Kedua-dua pemimpin popular tersebut dijadual berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam set minda rakyat Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 di ibu negara. Bagaimanapun, forum tersebut dijangka panas ekoran Khalid dan Ibrahim sering bertembung secara terbuka dalam pelbagai isu, antaranya isu biasiswa Mara baru-baru ini, apabila mereka dilihat saling memperlecehkan antara satu sama lain.

Berita Penuh

Kan teman dah kabo....


teman dah kabo awal-awal..
Isu yang Tony Pua bangkitkan ni.. agak relevan tapi tak penting buat masa ni..
Isu-isu macam ni kalau dibangkitkan oleh bukan melayu..
kompom UMNO akan jadikan modal..
modal yang sepatutnya tak perlu!

Tengok!
Anjing UMNO dah menyalak!
sunsnake 30072010

Zul Noordin: Haramkan DAP
Jul 30, 10 3:48pm

Ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu berkata Pendaftar Pertubuhan perlu membatalkan pendaftaran DAP kerana didakwa "cauvinis, rasis, ala-komunis, anti-Melayu dan anti-Islam" dalam isu diskaun bumiputera bagi pemilikan hartanah tertentu Selangor. Zulkifli Noordin (kanan) berkata isu pemilikan hartanah komersial dan mewah - seperti disaran ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua - bukan isu diskaun semata-mata tetapi berkait dengan perlembagaan dan keharmonian kaum. "Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu," kata wakil rakyat bebas itu yang dipecat daripada PKR sebelum ini. Tony yang juga penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP mendakwa penghapusan pemberian diskaun itu mampu memberi kesan ekonomi lebih baik kepada Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Berita Penuh