Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, July 30, 2010

Debat - Ibrahim Kataki jangan buang masa!

UMNO mana tau berdebat... Bergaduh pandai laaa!!!


Tak payah la ajak Pemuda UMNO berdebat..
Buang masa!

Pemuda PAS sejak zaman Mat Sabu memangku Ketua pemuda sampai la Ustaz Hasan Tantawi la ni.. Paling hebat, YB Salahuddin Ayub sampai ke sudah ajak Pemuda UMNO berdebat..

Sampai la ni Pemuda UMNO tak berani!!! Sonyap jo!

Ketua Kegelapan UMNO Malaysia si Maslan lagi laaa!!!wakakaka!
sunsnake 30072010

Beranikah KJ berdepan Ibrahim Ali?
Jul 30, 10 12:52pm

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mungkin serba salah untuk berdepan dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah forum yang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat. Sehingga malam tadi, Khairy (kanan) masih belum membuat keputusan untuk menyertai forum dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar ke-4 yang akan berlangsung Ahad ini. "Ada apa Ahad ini, saya dijemput berdepan dengan... Ibrahim Ali. Patutkah saya pergi?" soalnya dalam nada serba salah dalam twitternya. Kedua-dua pemimpin popular tersebut dijadual berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam set minda rakyat Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 di ibu negara. Bagaimanapun, forum tersebut dijangka panas ekoran Khalid dan Ibrahim sering bertembung secara terbuka dalam pelbagai isu, antaranya isu biasiswa Mara baru-baru ini, apabila mereka dilihat saling memperlecehkan antara satu sama lain.

Berita Penuh

0 comments: