Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 17, 2010

Senyum Kambing Utusan Isnin 17/5/2010


sunsnake 17052010

BN Kalah di Sibu - PERKASAM ugut berdemo?

Kami bantah kemenangan China di Piala Thomas!! Patut Melayu yang menang!!!
China pengkhianat!!! Pengkhianattttt!!!



Besok perkasam dan umco akan membuat bantahan terhadap kemenangan pasukan China memenangi piala thomas kerana kemenangan mereka memberikan kesan negatif terhadap keputusan PRK Sibu yg majoriti pengundinya adalah Cina.

PERKASAM akan mencabar agar pasukan China mengembalikan Piala Thomas dalam masa 48 jam atau berdepan dgn laporan polis di seluruh negara.

Jika pasukan China masih berdegil mereka akan berdepan dgn ancaman demontrasi besar-besaran oleh org2 Melayu di Kg. Baru, KL.

Abraham Frog berkata" Tanah Melayu ini ialah hak milik orang2 Melayu. Kami akan menentang hingga ke darah terakhir utk mempertahankan Piala Thomas kerana Tanah melayu pernah menang Piala Thomas pada tahun 1992 dan sejak dari itu ianya adalah milik org Melayu sepenuhnya.

Pertandingan dibuat di Tanah melayu dan semestinya hanya org melayu sahaja yg berhak memenangi Piala Thomas. Jika pasukan China enggan memulanGkan semula Piala Thomas, kami akan mengisytiharkan perang terhadap saudara-saudara mereka di tanah melayu." kata beliau ketika ditemuduga semasa cuba mendapatkan lesen judi boal sepak dari UMCO.

sumber - comment TukarTiub

Taktik SPR-BN tak berjaya di Sibu?


Hmmmm.. Jelaskan? Ada sesuatu perancangan UMNO-BN yang SPR gagal laksanakan di PRK Sibu ini?

Nampaknya Undi Pos ini nyata adalah talian hayat UMNO mahupun medium untuk menambah majoriti yang dimenangi! Ingatkan bagaiaman PRK Hulu Selangor? Separuh daripada 1725 undi yang BN dapat adalah daripada Undi Pos!!!

Teman rasa, apa yang berlaku di Sibu adalah, SPR gagal memanipulasi Undi Pos dan juga di peti-peti undi yang lain!!! Terlalu jauh margin pengundi PR dan pengundi BN! Taktik biasa SPR tak terpakai di Sibu!!!

Apa-apa pun.. sama-sama kita nantikan analisis keputusannya..

Tahniah Rakyat Sibu! Tahniah Rakyat Malaysia!
Jom bersama-sama ke arah Malaysia tanpa Barisan Nasional!

sunsnake 17052010


UNDI POS - MENGUNDI AWAL, DIKIRA DAN DIUMUM LEWAT PULA

10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.

Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.

Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

"Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi," katanya.

10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.

9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos.

"Pengiraan undi pos bermula jam 5.30 petang dan selesai pada jam 8.30 malam."

Beliau bertanya mengapa berlaku kelewatan lebih satu jam untuk mengumumkan keputusannya.

9.35malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya.

Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang.

"Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya kepada Malaysiakini.

9.24malam: Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ingin tahu apa yang menyekat SPR daripada mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu.

9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus.

Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.

9.10malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP.

Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira./Malaysiakini

Dato' Zaid Ibrahim kembali ke Hulu Selangor!!!

16 Mei 2010, Ahad, Felda Sungai Tengi

"Walaupun saya tidak diterima majoriti pengundi di sini, namun saya yakin ianya kerana UMNO-BN telah berjaya menyelewengkan fakta sebenar dan ianya bukan 100% berpunca daripda kesalahan pengundi".. Itulah antara kata-kata ikhlas daripada Dato' Zaid Ibrahim yang berkesempatan bersama rakyat Felda Sg. Tengi di Hulu Bernam disini malam tadi.

Majlis yang turut dianjurkan oleh PAS Kawasan Hulu Selangor dan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang turut dihari oleh Presiden ANAK, Sdr. Mazlan Aliman bertujuan meraikan petugas-petugas Pakatan Rakyat di PRK Hulu Selangor beberapa minggu lalu.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 100 orang penduduk ini berlangsung dengan jayanya walaupun hujan agak lebat turun. Didalam majlis tersbut juga diadakan sesi penyampaian bantuan Kerusi Roda buat 2 orang yang memerlukan.

"Kalah-kalah pun saya laku!!! Tiap-tiap malam orang panggil berceramah!!!" ujar Dato' Zaid.


Antara hadirin yang berjaya merebut kerusi bawah khemah! Yang lain dok tepi-tepi je lee.. hehehe



Sdr. Mazlan khusyuk mendengar ceramah Dato' Zaid

"Saya akan bersama-sama membantu Kerajaan Negeri Selangor membela hak-hak peneroka Felda di negeri ini!"



Antara penerima bantuan Kerusi Roda... Gunakan dengan sebaiknya ye?

"Takpe..Takpe.. Tak payah hidang, saya ambil sendiri!!" tegas Dato' Zaid sebelum mencedok sendiri nasi putih berlaukkan Kari Daging segar! Pehhh!!!




Apa lagi... serbuuuu!!!!

Tengah check keputusan PRK Sibu ke YB?? (teman tetap panggil dia YB!!!"


Orang kuat PAS Hulu Selangor, Ayahanda Nahar selaku Pengerusi Majlis beraksi!


Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor sedang menghampiri Dato' Zaid
hmmm.. apa motifnya ye? hahahaha!

"Terlalu banyak perkara berkaitan hak peneroka yang disorok oleh Kerajaan Malaysia dan Felda" dedah Mazlan kepada hadirin malam tadi..

Antara barangan yang dijual bertujuan mengumpul dana untuk menggerakkan ANAK ke seluruh Malaysia! Membeli sambil beramal dan menyokong!

sunsnake 16052010

Pahlawan Iban buktikan BN WAJIB Dikalahkan!

Pahlawan Iban dirakam sedang melayari Aku Budak Balun!!! Cool!


Tahniah buat Rakyat Sibu!
Ternyata umpan yang ditabur oleh UMNO-BN di Sibu dimakan tetapi tidak mata kailnya!

Tahniah Pahlawan Iban!
Tahniah DAP dan Pakatan Rakyat!

Tahniah PKR!
Tahniah PAS!

Tahniah buat semua pencinta keadilan dan penentang kezaliman!!

Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!
Tumbang! Tumbang! Tumbang BN!
Hancur! Hancur! Hancur UMNO!
Menang! Menang! Menang Islam!
sunsnake 17052010

DAP takes Sibu

May 16, 2010

SIBU, May 16 — The DAP pulled off a surprise win in the Sibu by-election today, defeating Barisan Nasional’s (BN) SUPP by 398 votes in a hard fought race, official results show.

BN had earlier been expected to retain its Sarawak stronghold but lost despite the best efforts of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

The Sibu vote is seen as a bellwether for the Sarawak state elections which must be called by next year.

Today’s result is significant in that Pakatan Rakyat (PR) has snapped a streak of successive defeats to BN in recent by-elections.

The count now is 8-3 in favour of PR in terms of wins in by-elections held since Election 2008.

Today’s result is also a setback for Najib who had personally campaigned for BN and had placed his own reputation on the line.

Najib has been counting on Sabah and Sarawak as BN’s fixed deposit, but today’s result shows a major swing from 2008 when BN won the seat by more than 3,000 votes.

Today’s result also raises two thorny issues — how to deal with the Tan Sri Taib Mahmud factor and whether to push for state polls which sources say had been slated for October this year.

Sunday, May 16, 2010

Adakah harapan kita di Sibu ini???


Hari ni PRK Sibu melabuhkan tirainya..
Keputusan.. kejap lagi dapat tahulah tu..
Kalau BN menang, cepatlah tahunya..
Kalau BN kalah.. lewat la skit.. silap-silap tak diumumkan dek TV pun..
Muka 4 Utusan Malaysia esok.. itupun bawah sekali.. kecik je..

Teman tak banyak ulas pasal PRK Sibu ni..
Mungkin kepenatan PRK Hulu Selangor tak habis lagi!
Banyak aturcara kehidupan teman caca merba sekejap sepanjang PRK Hulu Selangor berlangsung..
Kesal? Kecewa? Langsung tak menggangu konsentrasi teman..
Mungkin ada la sedikit..

Namun itu bukan kekecewaan dengan sokongan kepada Pakatan Rakyat,
tetapi kepada betapa rendahnya moral dan kaedah UMNO-BN dalam memenangi PRK Hulu Selangor.
Beri rasuah wang untuk undi rakyat, janji berjuta-juta melalui pelbagai projek kerajaan Malaysia yang secara tiba-tiba muncul tanpa perlunya mesyuarat kabinet dan persidangan parlimen!
Beratus-ratus juta peruntunkan Kerajaan Malaysia secara tiba-tiba menjadi peruntunkan UMNO-BN!
Dan macam-macam lagi kesalahan dan pelacuran politik yang dibuat oleh UMNO-BN di Hulu Selangor!

Oleh kerana itu, masihkah ada harapan Pakatan Rakyat di Sibu?
Ikhlas dari teman.. teman tak nampak.....

Namun Lawan Tetap Lawan!

sunsnake 16052010